Saturday, August 22, 2009

1 Ramadan 1430 Hijrah (22 Ogos 2009)

Assalamualaikum....
Wabihi Nasta'inu Billaih...

Maka adapun hari ini adalah hari puasa yang pertama pada tahun ini. Adapun hari ini adalah hari yang mungkin tidak meletihkan sangat, sebab akan hamba ini sudah mula berpuasa sejak bulan Rejab adanya. Tidak tersangka akan diperhamba masa yang akan berjalan begitu pantas rasanya. Apapun hamba rasa inilah masanya medan untuk hamba memperbaiki diri hamba. Hamba berharap dunia sentiasa dilimpah rahmat dan seisi hidup di dunia ini dilimpahi kesejahteraan adanya. Inilah doa hamba...agar segala dosa dan noda dunia ini dihapuskan. Kasihan hamba melihat keperitan, kesengsaraan, kesedihan dan kebejatan hidup manusia di dunia ini. Apalah hamba yang kerdil ini untuk membantu, hanya sekerat tenaga, hanya sekelumit harta dan kalungan doa sahaja yang mampu hamba dapat lakukan.

Jadikan bulan puasa ini sebagai medan kekuatan untuk kita. Belajar memaafkan, bersabar, redha dan tawakal pada bulan ini agar diteruskan pada bulan selepas Ramadan. Insya Allah...

Itu saja setakat ini...sekian wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Cerita sahibul hikayat...

Assalamualaikum...lamanya teman idak nulis...ye la sebab sibuk bebenor. Tu sebabnya. Tapi tak apa la janji tetap nak nulis jugak kan??? Banyak kisah aku nak ceritakan...harap mengkomer semuer sudi2 baca la ye


Kisah Sahibul Hikayat 1

Kisahnya seminggu selepas hari jadi aku. Kira2nya dah tahu2 la aku ni dah tua...tapi idak la tuer bangke dipanggil pakcik. Hari jumaat seminggu lepas birthday aku n kawan aku pi pasar malam kat Parit Buntar. Masa tu aku pakai baju melayu teluk belanga (tengkuk bulat) ngan seluar slack hitam. Lepas habis balik beli kat pasar malam aku n kawan aku ni bawa la motor. Baru je bergerak sikit tetiba ada la seorang hamba Allah (perempuan) dalam lingkungan awal 20-an (mungkin student USM Kampus Kejuruteraan) tegur aku..."Pakcik tongkat motor tak angkat tu"...Aku terkejut la...tapi tak apa la memang aku tak terperasan. Tapi yang agak terasa tu kenapa dia panggil aku PAKCIK??? Sampai kawan kat belakang aku gelak sakan kat aku sampai sekarang panggil aku pakcik. Ghoper teman ni pakcik ke weh??? Aduhai...tuer bangker dah teman ni....Wagggghhhhhhhh jatuh saham kehenseman aku angkara wanita itu!!!! Chaiiittt...apa daaaa!!!! Komen sikit sapa yang sudi nak komen....

Kisah Sahibul Hikayat 2

Minggu lepas selama seminggu aku berada di Kuantan. Alhamdulillah pihak majikan aku (MARA) sudi juga mengambil aku membentangkan kertas kerja. Dapat feedback pun positif. Nak tergelak jugak bila ada pengetua2 yang berebut nakkan aku masuk bekerja kat maktab diaorang. Sapa la aku ni? Ramai lagi pembentang yang hebat...aku nak dicari. Dalam senarai pembentang (ada 30 kertas kerja) aku yang paling muda. Ada suara2 tak enak kata baru setahun jagung (tahap hingus meleleh la) ada hati nak bentang kertas kerja. Hamboi...ni le Si Kitul Melayu, ni le si Raja Mendeliar...kerja sakit hati, dengki, cemburu, khianat entah segala macam penyakit hati ni...memang orang Melayu rajanya. Tu sebab orang Melayu tertinggal jauh. Tu yang aku cakap bila ada suara yang sumbang ni kedengaran. Dalam pembentangan kertas kerja pun aku smash jugak, nilai balik sikap pemikiran dan hati budi orang Melayu. Kiranya nasionalis Melayu ke aku ni??? Jangan nasionalis sikap melampau dah la...sebab dah ramai masyarakat Melayu yang bertunjang politik fanatik membuta tuli ni telah melahirkan tokoh nasionalis Melayu melampau...nak menang kepentingan sendiri sampai gadai maruah orang lain. Cis...ni la pengkhianat Melayu sebenarnya. Aggghhhh persetankan semuanya ni!!! Yang penting aku dah buat big boss aku celik mata kembang hidung besar telinga bila tengok dan dengar sendiri pembentangan aku. Jangan anggap aku kecil anak ye...aku pun bleh jugak. Time nak balik sampai pelawa balik naik keter ngan dia. Tapi maaf la...aku dah janji naik ngan kawan2 aku. Moga2 dia insaf la...

Kisah Sahibul Hikayat 3

Bala, kemurkaan dan ujian Allah datang silih berganti. Memang benar janji Allah. Murka-Nya pada hamba-hamba-Nya memang tak dapat kita elak. Dah makin merebak H1N1. Ni la murka-Nya. Aku takut sangat. Sehingga saat aku menulis blog ni lebih 70 orang dah pun pergi mengadap Pencipta mereka, Allah Rabbul Jalil. Paling aku sedih semasa aku di Kuantan maktab kesayanganku, MRSM Transkrian telah pun ditutup apabila ramai diserang demam mendadak. Tak dapat aku jumpa mereka. Yang bestnya dapat cuti minggu ni dan minggu depan. Kiranya hajat nak berpuasa ngan famili termakbul juga. Tapi hati aku berdetik bila murka Allah ni akan berakhir. Macam2 teori andaian ada kata ni sebenarnya virus ciptaan orang yang nak jual vaksin penawarnya...entahlah. Jawapan aku...no comment...

Kisah Sahibul Hikayat 4

31 Ogos dah nak sampai. Sekali lagi hari kemerdekaan disambut walaupun bulan poser tetap sambut tapi taklah meriah mana. Sempat juga aku download youtube tadi...menceritakan detik kemerdekaan negara. Memang kisah sejarah negara kita panjang. Panjang melebihi kisah 1001 malam. Tahun 1511 hingga 1957 negara terjajah. Berapa banyak anak bangsa kita nenek moyang kita mati mempertahankan agama, maruah, bangsa dan tanah airnya. Sekarang kita tak perlu angkat keris, lembing, nak bersilat tak payah. Tapi ramai yang mempertahankan agenda dan nafsu serakah bodoh, jahil lagi murakab. Entahla...maaf aku cakap, negara kita ni nak menuju ke arah kehancuran kalau macam ni. Mana la perpaduan dalam Melayu. Aku cukup menyampah kalau nak cerita atau dengar berkenaan politik Melayu. Memang masyarakat Melayu tak pernah belajar dari sejarah. Bila nak masuk bulan merdeka baru sibuk buka buku sejarah, walhal sejarah berlaku setiap hari tak pulak sedar. Nampak sangat ciri munafik, ciri pura2, ciri2 talam dua muka masyarakat kita ni. Parah sangat dah bangsa aku. Apa aku perlu buat? Nak masuk dalam politik? Sapa yang sanggup ikut kepala aku yang terlalu idealistik ni? Walhal nak dijadikan sebagai realistik adakah mimpi kosong? Takkan nak wujud seperti kerajaan langit Ayah Pin??? Fuhhhh...simpang malaikat. Atau kerajaan syurga (kingdom of heaven)? Wujud kerajaan itu hanya Allah yang Empunya Yang Kekal Abadi. Entahlah...serba tak kena aku nak jawab soalan2 macam ni?

Kisah Sahibul Hikayat 5

Ahlan Wasahlan Birahmatikum Ya Ramadan. Akhirnya datang juga penghulu segala bulan, hari yang terkandung dalamnya hari pengampunan, kebebasan dan jaminan syurga. Hari yang menjanjikan ketenagan siapa yang mendambakan. Ya...aku dambakan ketenangan. Insya Allah aku tanam dalam nekadku aku nak jadikan puasa tahun ni yang terbaik yang mampu aku laksanakan sebaik2nya. Aku tak sabar nak tunggu kedatangannya. Sanggup balik awal dari Cameron Highland sebab nak puasa. Nak buat persiapan puasa ngan famili. Malam Ramadan dihiasi suara laungan selawat solat tarawih. Memang amat mengasyikkan. Ni nak tanya yang baca blog ni, poser lepas dah ganti ke weh? Ganti cecepat...nanti dah masuk bolan poser tahun ni kirenyer bolan poser lepas yang tak diganti hangus gitu je le...doser weh. Lagi satu...poser...jangan tak poser...udah wajib. Jangan le pulak mengkomer nak qada sebulan tak makan sampai kenyang meghonjang menciker sampai terbuntang peghut sampai tercabut butang baju. Buruk kelaku weh....Puasa bior habih sebulan. Ahhhh....tak fuasa tangkap makan rumfut...baru fadan muka ente...ni antara lirik lagu Jalil Hamid pasal puasa. Puasa tau!!!


Itu la sebahagian sahibul Hikayat teman. Kalo ader maser bulan poser nanti teman nulih lagi. Ilal liqa', Assalamualaikum!!!