Thursday, July 9, 2009

Cabaran, dicabar atau mencabar???

Assalamualaikum...
Ehhh lama teman idak menukilkan sesuatu kat sini...
Tapi tak apa...teman kembali menulis.

Pelik kan tajuk di atas ni??? Memang la...ia melibatkan profesion perguruanku. Memang jawapan yang paling mudah diungkap ialah sabar....memang sabar penawarnya. Namun sampai BILA????

Memang sejak buka sekolah semeter kedua ni sampai sekarang aku rasa dah tercabar dengan masalah maktab ni. Tapi aku kena muhasabah...adakah ini balasannya kepada aku sebab aku dulu jadi student? Tapi ...ish berapa banyak tapinya...

Kisah yang pertama...adakah aku bersalah kerana melalui nasihat (atau aku sendiri kerana geram) telah menasihati dan antara yang mengadili 12 pelajar Tingkatan 2 dibuang dari maktab ini lantaran mereka telah bergaduh dan berlaku kes buli? Adakah kerana aku cuba menutup laluan mereka mencari ilmu di sini??? Memang kes ini berat...terlalu berat. Aku memang tak sangka kes ni berlaku dalam blok asrama jagaanku. Sampai melibatkan kes polis. Aku yang menjadi warden juga tetap dipersoalkan kredibiliti aku sebagai seorang warden sehingga dicap cuai menjaga blok aku. Aku ni cikgu sepenuh masa (sebab masa tandatangan aku diberitahu tugas hakiki aku adalah seorang guru) atau warden sepenuh masa??? Aku ni cuai ke??? Kes ini berlaku diluar pengetahuan aku. Memang masa aku dan warden2 lain cuba menyiasat kes ini aku bertindak diluar kawalan aku. Dua belas pelajar tu aku tampar@lempang@tempeleng. Yang mangsa pun aku tempeleng sekali sebab mulut cabul ala2 Joyah berlaku kes buli. Konon bergaduh buli ni sebab nak revenge la. Tercabar aku sebagai guru asrama dan juga sebagai guru disiplin maktab ni.

Kisah kedua pula biarkan aku simpan dulu, sekadar rahsia demi menjaga nama dan aib malu pelajar aku sendiri. Memang sedih bila fikir, mangsa keadaan yang aku anggap aku juga bersalah. Buat masa sekarang aku dan guru2 kat sini cuba menyelamatkan dirinya dari terseksa. Aduhai...betul kata bapa saudara aku sorang ni, sedia dan terimalah tuah dan celakanya menjadi seorang guru. Kerana murid kita berjaya kerana murid kita juga gagal.

Aduhai...apalah nak dikeluh kesahkan nasib ni. Dah tersurat di azali memang aku didorong oleh Allah S.W.T menjadi seorang pendidik. Cuma bagaimana nak hadapi cabaran yang semakin mencabar. Adakah aku ni suka menyahut cabaran ataupun pantang dicabar. Adakah kesabaran aku hilang bila cabaran itu mencabar kesabaran aku sehingga tercabar maruah diri aku???

Wehh...fenin...fenin berapa banyak cabar daaaaaaaaaa.....

Ok la kekawan, sampai sini nukilan teman...sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment