Saturday, December 4, 2010

Sejarah Awal Negara

SEJARAH AWAL NEGARA MALAYSIA (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kembali sekali lagi saya untuk up date blog ini, khas untuk tatapan pelajar-pelajar saya atau sesiapa pembaca budiman yang ingin mendalami sejarah negara Malaysia. Baiklah, jika post yang lepas saya telah menulis berkenaan perpaduan negara, menumpukan kepada sejarah kedatangan imigran Cina dan India, menjurus kepada sejarah pembentukan pelbagai kaum di Malaysia, kini saya menyentuh pula satu lagi bab iaitu berkenaan sejarah awal negara, iaitu merupakan bab ke-2 dalam Pengajian Malaysia (mengikut sukatan yang saya beri kepada pelajar).

Seringkali atau acapkali saya membaca dan meniliti penulisan berkenaan sejarah Malaysia, mesti ia dimulakan dengan pengasasan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Namun pada hakikatnya, sejarah yang tercipta di bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya bermula lebih lama sebelum kewujudan empayar Melayu teragung tersebut. Di Semenanjung Malaysia, jumpaan arkeologi dan kajian yang tuntas dari ahli sejarawan mendapati bahawa sejarah di negara kita terbentuk sejak zaman prasejarah lagi. Penemuan dari carigali mendapati artifak yang tersimpan di dalam perut bumi membuktikan kepada hakikat kewujudan manusia zaman prasejarah. Di Malaysia, penemuan zaman prasejarah dapat dibahagikan kepada 3 zaman yang utama iaitu zaman Paleolitik (kira-kira 35 000 hingga 50 000 tahun dahulu), Mesolitik (kira-kira antara 20 000 hingga 10 000 tahun dahulu) dan Neolitik (kira-kira 5000 hingga 3500 tahun dahulu). Walaupun zaman ini tidak menunjukkan bukti dalam bentuk penemuan penulisan, namun jumpaan tengkorak, batu-batu yang direpih disamping disokong dengan bantuan dari pakar geografi dan saintis, ini membuktikan bahawa sudah ada manusia mendiami Semenanjung Malaysia ini, malahan juga dapat ditemui di Sabah dan Sarawak. Kemungkinan juga teori migrasi yang menyatakan bahawa keturunan Melayu berasal dari Yunnan (China) atau dari India boleh ditolak, namun memerlukan lebih penyelidikan dan kajian yang mendalam bagi melihat kebenaran fakta ini.

Gambar di atas merupakan sebahagian daripada usaha ahli arkeolgi dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang telah membongkar penemuan artifak dan rangka manusia (Perak Man) di Lenggong, Perak. Penemuan batu-batu dan rangka tulang manusia ini adalah sekitar zaman Paleolitik. Jika ada kesempatan boleh melawat di Muzium Arkeologi Lenggong, Perak.

Perubahan hidup kepada menetap pada zaman Neolitik dan bermulanya fasa perubahan ke zaman logam (kira-kira 2500 tahun dahulu) telah memulakan bibit ke arah pembentukan kerajaan Melayu awal. Penemuan dan kepandaian manusia dalam penggunaan logam, terutamanya logam emas, besi dan timah memulakan kepada perubahan zaman yang dikenali sebagai zaman protosejarah. Kemewahan hasil bumi Tanah Melayu dan sekitarnya telah menarik pedagang dari India, Arab dan China untuk datang berdagang. Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dilimpahi dengan hasil hutan seperti kayu kayan yang bermutu tinggi, rempah ratus, sarang burung layang-layang berkualiti terbaik di dunia, emas, bijih timah dan sebagainya menjadi idaman pedagang-pedagang ini untuk ditukarkan dengan barangan mewah dari China seperti sutera dan barangan tembikar, manik, teh, alat senjata, wangian dan sebagainya. Dari India pula didatangkan pula dengan rempah, kayu wangi, wangian untuk wanita, senjata, permata, emas, kain kapas dan sebagainya. Dari benua Arab membawa barangan dagangan Eropah seperti kain bulu, benang, hamba abdi dari Afrika, kapur barus, cendana, kemenyan, emas, rempah, batu permata dan sebagainya. Limpahan barang dagangan ini dapat ditemui melalui bukti jumpaan arkeologi di sekitar Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Manjung di Perak, Kuala Selinsing juga di Perak, Jenderam Hilir di Selangor, di Tanah Merah, Kelantan dan di Santubong, Sarawak. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat lain yang ditemukan bukti arkeologi. Paling penting zaman Protosejarah ini, bukti-bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti kerajaan Gangga Negara (Perak), Kedah Tua (Kedah), Chih Tu (Kelantan), Phan Fan (Pahang) dan sebagainya tersimpan dalam bentuk penulisan dari pedagang dan pengembara dari benua Arab, India, Parsi (Iran), Yunani, Rom dan China. Pada zaman protosejarah ini juga menyaksikan pengaruh Indianisasi meresap dan berharmoni dengan kepercayaan, cara hidup dan world view masyarakat tempatan. Saya tidak mahu menggunakan pengaruh Hindu-Buddha kerana ini hanya merujuk kepada keagamaan. Hakikatnya, resapan budaya India juga turut mewarnai watak dan 'hidupnya' budaya Melayu yang sehingga sekarang masih berakar umbi walaupun semakin terhakis di pupus zaman.

Kerajaan Kedah Tua (Lembah Bujang)

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari penemuan dan demografi kedudukan Lembah Bujang. Lembah Bujang ini dikatakan wujudsekitar abad ke-6 hingga abad ke-8 Masihi. Pengaruh Indianisasi begitu jelas dengan jumpaan candi-candi yang banyak berselerakan sehingga di atas kemuncak Gunung Jerai. Kerajaan ini dikatakan lemah akibat serangan Rajendra Chola dari India dan juga penguasaan Srivijaya. Ketika era kegemilangannya, kerajaan ini menguasai sebahagian Sumatera dan juga meluaskan pengaruh sehingga ke Langkasuka (Thailand) sehingga ke selatan berhampiran Kuala Selinsing (di Perak).


Kerajaan Gangga Negara (Beruas)
Gambar di atas ialah berkaitan dengan kerajaan Gangga Negara. Kerajaan ini pernah dinukilkan kewujudannya oleh Tun Seri Lanang di dalam adikaryanya yang bertajuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kerajaan ini sering berpindah kerana akibat banjir dan aliran air Sungai Perak yang berubah. Bukti arkelogi amat berkurangan berbanding dengan penemuan di Kedah. Kerajaan ini dikatakan jatuh apabila serangan Raja Rajendra Chola (dalam Sejarah Melayu dikenali sebagai Raja Suran) selepas kejatuhan kerajaan Kedah Tua. Dikatakan juga kerajaan ini terlalu besar kerana untuk seekor kucing menghabiskan melompat dari satu bumbung ke satu bumbung rumah lain mengambil masa selama 3 bulan. Kerajaan ini kaya dengan hasil galian bijih timah dan mempunyai hubungan dagangan dengan kerajaan Kedah Tua.

Baiklah, sampai di sini sahaja penulisan saya dahulu. Jika sebarang pertanyaan boleh post di dalam ruangan blog ini. Insya Allah sedaya upaya saya akan cuba menjawab dan dapat kita sama-sama bertukar fikiran. Secara kesimpulannya, kita seharusnya berbangga dengan peninggalan sejarah negara kita dan patut berbangga juga kerana kemewahan yang dimiliki oleh negara kita sehingga mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan dunia luar. Nantikan penulisan saya seterusnya di dalam blog ini.

Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum.


Wednesday, November 17, 2010

Teras perpaduan dalam pembinaan negara bangsa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian anda membaca blog saya ini. Sebenarnya penulisan saya ini lebih menjurus kepada penambahan dan pemahaman para pelajar saya yang sedang mengikuti kuliah LAN 1003-Pengajian Malaysia di KPJ International College of Nursing and Health Sciences. Diharapkan agar anda mengambil sedikit sebanyak manfaat, buah fikiran dan medan perbincangan ilmiah yang saya sampaikan. Kuliah secara dua hala di dalam kelas tidak dipasakkan di dalam keobjektifan saya dalam mengajar dan mendidik. Tetapi saya lebih suka menggunakan arus teknologi moden semasa, terutama dari blog ini agar anda dapat menambahkan kefahaman apa yang dipelajari. Jika ada sebarang komen,boleh ditulis diruangan komen ini.

Baiklah, berkenaan kuliah pertama saya berkenaan pengenalan masyarakat di Malaysia. Saya ingin menyentuh subtopik berkenaan teras perpaduan dalam pembinaan negara bangsa. Seperti sedia maklum, negara kita terdiri daripada pelbagai ras etnik dan kaum yang menghuni di bumi tercinta ini. Walaupun dalam kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan, nilai dan pemikiran, namun kepelbagaian ini mewujudkan ke arah satu bentuk kesatuan perpaduan yang dilihat mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri. Malah tidak mustahil dikatakan bahawa kepelbagaian yang unik ini menjadi teras dalam kekuatan negara bangsa kita, malah mungkin tidak ada banyak negara yang boleh menandingi kehebatan dan keutuhan Malaysia dari segi perpaduan bangsanya.

Menyorot kembali berkenaan perkembangan sejarah bagaimana pembentukan negara bangsa Malaysia yang pelbagai ragam coraknya, kita kembali kepada sudut ekonomi dan politik negara kita. Seperti sedia maklum, sejak sekian lama kawasan Tanah Melayu ini menjadi tumpuan perdagangan dan laluan maritim. Sekurang-kurangnya sejak abad kelima Masihi, melalui catatan-catatan pedagang dari Parsi, India, Rom, Yunani dan China telah memberitahu sedikit sebanyak informasi berkenaan bumi Tanah Melayu ini. Gelaran Suvarnabhumi (Bumi Emas) atau Golden Chersones (Semenanjung Emas) yang diberikan oleh pedagang India dan Rom membuktikan bahawa kekayaan Tanah Melayu yang kuat menarik perhatian para pedagang untuk bersinggah dagang ke sini. Negara kita dilimpahi dengan hasil hutan dan kekayaan hasil bumi iaitu bijih timah dan emas menarik perhatian mereka. Tidak mustahil dinyatakan bahawa kewujudan negara kita ini juga berkait rapat dengan unsur kegiatan perniagaan dan perdagangan bersifat antarabangsa. Sepatutnya kita berasa bangga dan mencontohi betapa kehebatan negara kita sebenarnya terletak kepada perniagaan dan perdagangan bersifat antarabangsa sejak sekian lama.

Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka mulai akhir abad ke-14 merancakkan lagi perkembangan perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Melalui catatan Portugis dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telah dinyatakan petempatan pedagang dan santeri luar yang datang ke Melaka, iaitu di kawasan Hilir Melaka, kewujudan Kampung Kling dan juga Bukit China. Walaupun begitu ini tidak bermakna kewujudan petempatan ini terlalu besar kerana mereka bukan datang duduk menetap.

Kedatangan imigran Cina dan India sebenarnya lebih dikhususkan kepada dasar penjajahan British semasa menjajah bumi Tanah Melayu ini. Keterbukaan dan kesediaan pihak British memberi peluang imigran Cina dan India ini datang disebabkan fungsi mereka dalam perusahaan bijih timah dan getah. Orang Cina terlibat dalam perusahaan bijih timah dan ada yang membuka perniagaan dan perusahaan di kawasan bandar. Orang India pula bekerja dalam sektor getah dengan menjadi penoreh. Faktor-faktor ini dikenali sebagai faktor penarikan iaitu peluang ekonomi untuk mereka terbuka dan dasar penjajah British sendiri menggalakkan kedatangan mereka. Bagaimana pula dengan orang Melayu? Bagi pendapat sang penjajah ini, orang Melayu perlu dan hanya menjadi petani, membekalkan beras dan bahan makanan tanpa perlu diberi kemajuan yang berlebih-lebihan. Dasar British ini dikenali divide and rule atau dikenali sebagai pecah dan perintah. Harapan British sebenarnya supaya 3 kaum utama di Tanah Melayu tidak akan bersatu padu dan tidak akan menjejaskan reputasi British.
Walaupun begitu, kita juga perlu meninjau apakah situasi yang berlaku di negara China dan India. Keadaan bencana alam, kebuluran, kadar kelahiran yang tinggi dan kemiskinan memaksa mereka keluar berhijrah. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pergelutan politik yang berlaku di tempat asal mereka memaksa mereka mencari tempat untuk kehidupan baru. Tanah Melayu yang dianggap penyelesai kepada permasalahan mereka.

Baiklah, saya hadkan perbincangan disini dulu. Saya akan menambah lagi bahan-bahan dan isu-isu semasa yang boleh kita berkongsi dari semasa ke semasa. Sekian dahulu, assalamualaikum!

Monday, November 15, 2010

Dimana silap kita?





Assalamualaikum, salam sejahtera. Terlebih dahulu faqir meminta maaf sangat-sangat kerana sudah lama faqir ini tidak up date blog faqir. Terlalu sibuk faqir ini dalam urusan kerja sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa mencoret dan menukilkan sesuatu.





Mengapa pula faqir letakkan gambar buku teks sejarah ini? Faqir rasa sudah tentu ramai yang maklum apa yang faqir ingin bincangkan di sini. Ya...sudah tentu berkenaan subjek Sejarah yang dijadikan subjek wajib lulus peringkat SPM. Sejak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan berita yang dianggap menggemparkan ini. Ramai sarjana, politikus, pelajar dan individu-individu tampil memberi pandangan berkenaan perkara ini. Ramai juga yang bertanya kepada faqir apakah pendapat faqir. Secara dasarnya faqir melihat ini langkah yang baik, cuma perlu ada cara dan jalan penyelesaian yang bijak. Bagi faqir, faqir sendiri terlibat dalam 2 sitausi, iaitu belajar subjek Sejarah dan pernah mengajar subjek Sejarah (kini subjek Pengajian Malaysia di KPJ College-namun ini hampir sama dengan subjek Sejarah peringkat sekolah) dan faqir amat berharap agar jangan perkara ini seperti melepaskan batuk ditangga.

Faqir cuma amat risau jika penekanan kepada subjek Sejarah menjadi subjek wajib lulus menyebabkan guru-guru dan pelajar makin terbeban. Faqir sendiri mendapati bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia sangat menumpukan kepada orientasi peperiksaan. Pelajar menyumbat dan mengisi segala macam fakta dan teori secara bulat-bulat dan dimuntahkan dalam jawapan, sama ada dalam bentuk objektif ataupun esei. Ni bukan berlaku dalam subjek Sejarah, tetapi juga termasuk subjek-subjek yang lain. Paling faqir kasihani apabila pelajar-pelajar faqir yang pernah faqir ajar dahulu mengeluh kerana kerja rumah yang diberi terlalu banyak. Faqir cukup risau dengan sitausi ini,kerana dari dahulu sampai sekarang permasalahan ini tidak ada jalan penyelesaian.

Isu yang bersangkut paut dalam subjek ini pula berkait rapat dengan motif idealogi politik. Benar, sejarah dapat memainkan sentimen nasionalisme dan semangat jati diri. Memang tidak dapat lari dari hakikat sejarah dipenuhi dengan pengkisahan aksi watak politik yang mewarnai sudt sejarah. Kita kena faham hakikat bahawa bentuk penulisan sejarah bergantung kepada motif dan niat seseorang individu atau sekelompok yang berkepentingan dalam menulis sejarah. Boleh ke seseorang itu menulis sejarah tanpa diwarnai perasaan bermotifkan kepentingan sesuatu? Ataupun seseorang hanya menulis sejarah tanpa menyampaikan pendapat, pandangan dan juga citarasanya? Bagi faqir, ini amat mustahil. Sebagai contoh, kita semua bersetuju dengan kekejaman Hitler semasa Perang Dunia Kedua? Bagaimana kita tahu kekejaman Hitler? Mengapakah kita sendiri meletakkan dan menilai diri yang bernama Hitler itu terlalu kejam? Jawapannya dari fakta, ahli sejarah menyusun dan kemudian melakukan sendiri pengadilan moralnya kepada Hitler. Lantas, seantero dunia tahu dan faham tentang kekejaman Hitler. Berbalik kepada fakta dan sejarah Malaysia. Adakah penulisan sejarah buku teks di Malaysia perlu ditulis tanpa melihat atau kecondongan kepada parti yang memerintah Malaysia? Atau menulis seperti memetik kata-kata pendapat Leopold Von Ranke, menulis sejarah seperti ..."seperti sebenarnya yang telah berlaku". Mustahil juga yer???


Memetik pendapat dan pandangan seorang sejarawan Barat yang gambarnya di atas ini, E.H. Carr di dalam bukunya yang bertajuk What is History? , beliau sendiri menyatakan bahawa ahli sejarawan menulis berdasarkan fakta yang didapati kemudian menggabung jalinkan antara fakta dan pendapatnya yang disokong dengan bukti fakta-fakta yang dikumpulnya. Beliau sendiri menyatakan ahli sejarah itu menulis sesuatu peristiwa atau karya sejarah tidak ubah seperti seorang tukang masak yang mempersembahkan masakan seekor ikan. Apa kaitannya? Jom kita fikirkan. Bukankah seorang tukang masak akan membelah atau memotong ikan dengan cara mereka yang berlainan kemudian dimasak dengan pelbagai cara dan dihidangkan dengan hiasan pelbagai cara. Tetapi walau bagaimanapun cara persembahan masakan ikan itu, kita akui ikan itu memang ikan. Nak tentu sedap atau tidak kita kena rasa. Begitu juga dengan penulisan dan intepretasi sejarawan terhadap sejarah.

Memang terlalu sukar untuk dirungkai perkara ini. Bagi faqir dan nasihat faqir, jangan jadikan pelajar beban dengan subjek wajib lulus ini. Pelajar bukan robot menghafal tanpa ada intipati nilai jati diri. Perlu ada satu mekanisme dalam menentukan sukatan, corak pengajaran dan pembelajaran dan bentuk soalan peperiksaan yang lebih mengutamakan keperluan dan kehendak semasa. Semestinya juga ahli akademik dan mereka yang terlibat dalam subjek matapelajaran Sejarah dipanggil berbincang duduk semeja mencari kata sepakat bagi merungkai permasalahan ini. Faqir berharap dengan niat murni untuk menjadikan matapelajaran Sejarah dianggap penting dan masih releven dengan dunia kini akan menjadi kenyataan, dan bukannya menjadi igauan omongan kosong.

Sekian sahaja dahulu dari faqir. Assalamualaikum.

Saturday, September 18, 2010

Bila buta sejarah atau tidak mementingkan sejarah...

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terlebih dahulu saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua. Raya sebulan...puasa enam dah ditunaikan? Walaupun sunat...tapi digalakkan dan dituntut? Sebulan menahan lapar dan dahaga, halang diri dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Jangan pula bulan Syawal menebus semuanya, semuanya hentam. Tak guna tarbiyah bulan Ramadan kalau kita pandai bermuka-muka buat baik pada bulan Ramadan tapi bulan lain semuanya terus menerus perangai tak elok.

Tarikh 16 September...tarikh keramat pembentukan sebuah penubuhan Malaysia yang merdeka, terangkum wilayah Sabah dan Sarawak. Singapura pula tertalak keluar dari gagasan Malaysia akibat angkara ulah Lee Kuan Yew. Tak ramai tahu tarikh ni, yang cuma tahu tarikh ini diisytiharkan cuti am. Yer la, cuti...boleh sambung qada' tidur. Akhirnya tarikh ini menjadi hari cuti am dan sambutan perayaan Hari Malaysia yang ke-47 jatuh pula pada bulan Syawal.

Di sini aku tak mahu nak ceritakan atu mengkuliahkan hari pembentukan Malaysia. Di sini aku ingin merungkaikan segala kerisauan aku berkenaan tentang tahap penguasaan, pemahaman, pengertian dan penghayatan sejarah, apatah lagi berkaitan dengan negara. Aku bukan mahu berserkap jarang, pandai menyalak ke bukit atau beromongan kosong, tetapi hakikatnya aku sendiri yang alami dan apa yang aku perhatikan. Terus terang aku cakap, aku sedih dan tergamam dengan tahap penguasaan dan pemahaman sejarah di kalangan masyarakat Malaysia. Betul la, terlalu mengajar pemodenan, sains dan teknologi sampai jiwa dalaman kosong, buta hakikat. Memang keras dan keterlaluan aku katakan ini, tapi inilah hakikat yang berlaku. Aku sedih, sangat kecewa dan marah kerana tanggapan sinis dan provokasi terhadap kepentingan sejarah dalam pembangunan negara. Tak pentingkah sejarah? Tak pentingkah nilai pembinaan jati diri bangsa?

Sekarang ni macam-macam berlaku dalam negara ini. Ketidak puasan hati, suara-suara sumbang mempertikaikan hak Bumiputera, sudah ada bibit-bibit menghancurkan tembok perpaduan. Masing-masing mula berkata itu ini, keretakan dalam perpaduan Melayu angkara berbeza mazhab politiknya, tututan dan rasa luahan tidak puas hati dari bukan Melayu bergema, adakah semua ini berlaku secara tiba-tiba? Mana perginya pelajaran dan hikmah sejarah yag dipelajari sejak bangku sekolah lagi? Sudah lupakah semuanya? Aku sedih, cukup pilu dan kecewa dengan semuanya. Ini semuanya kerana kita buta sejarah, pandang sebelah mata pun tidak dengan buku sejarah. Matapelajaran sejarah semata-mata belajar nak skor A dalam SPM, senang nak mohon biassiswa JPA. Tapi dalam jiwa...kosong dan pudar dengan makna dan hakikat sejarah.

Di kolej tempat aku mengajar ni pun aku dah terima tempiasnya. Sesungguhnya banyak persoalan aku bermain-main dalam jemala minda aku ni. Adakah disebabkan salah ajaran? Ataupun disebabkan memang malas nak membaca? Atau memang membenci sejarah? Bayangkanlah kalau soalan bertanya berkenaan faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh serangan Jepun. Ya Rabbi...Ya Allah. Ini soalan yang direct, yang tidak bersimpang siur, yang memang semua sedia maklum disebabkan oleh serangan Portugis. Ada yang disebabkan British pun ada. Adui la...apa semua ni? Memang aku geram, geram pada semuanya. Salahkan sistem? Ataupun salah pelajar? Ataupun salahnya semua dari aku? Aduhai...mana satu ni nak disalahkan? Macam lagu bangau oh bangau....disalah sana, disalah sini. Habis mana satu yang bertanggungjawab? Kenapa tak semua yang bertanggungjawab?

Aku tinggalkan persoalan ini. Aku sendir sedang mengkaji dan mahu merungkai permasalahan ini. Kalau dibiarkan makin menjadi-jadi penyakitnya...aku risau dan takut nanti akan memusnahkan semuanya. Sekian sahaja dariku, Assalamualaikum!

Wednesday, August 25, 2010

Terburu-buru pada kemajuan sains...alpa pada jati diri sejarah bangsa, agama dan negara.


















Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hari ni aku nak kongsikan kepada anda semua berkenaan tentang satu kertana akhbar hari ini dalam Berita Harian. Berkenaan satu seminar kenegaraan Malaysia yang dianjurkan sendiri oleh Berita Harian. Seminar ini yang berkisar berkenaan konsep 1 Malaysia dan Malaysian Malaysia yang pernah diperjuangkan oleh Peoples Action Party (PAP) dari Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu. Sekarang ni pula diteruskan pula agenda politik DAP Malaysia. Aku sangat tertarik penghujahan dari Prof. Emeritius Dato' Dr. Khoo Kay Kim, pakar Sejarah dan Kenegaraan Malaysia yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia terlalu mengejar arus kemodenan sains teknologi dan membelakangi nilai sejarah dan jati diri bangsa. Nampaknya, apa yang aku fikir dan aku alami sendiri telah disuarakan oleh pakar sejarah Malaysia. Aku sangat bersetuju dengan pendapat ini. Bukan waktu merdeka baru nak buka kitab sejarah, baru nak kenang, baru nak terkial-kial terhegeh-hegeh nak tahu sejarah bangsa dan negara kita. Sesungguhnya aku yang terlibat dalam mendidik dan memberi ilmu tentang sejarah dan nilai jati diri amat merasakan kenyataan yang dibuat oleh Prof. Emiritius Dato' Dr. Khoo Kay Kim amat jitu dan jelas, sebabnya...bila aku mengajar, subjek sains dan teknologi tetap dipandang hebat. Macam matapelajaran sejarah, sivik, Pengajian Malaysia ni macam kelas kedua pula. Kita bukan hendak menolak ilmu sains dan teknologi tapi sedarlah, bukalah mata luas-luas, buklah mata hati itu sebesar-besarnya...lihat, fikir, nilai dan muhasabahlah diri dan keadaan kita disekeliling. Segala macam bentuk kemusnahan dan kejijik jelekan berlaku lantaran kerana nilai-nilai insani sudah semakin terhakis.

Sempena bulan kemerdekaan yang hampir tiba, aku nak ajak marilah kita ambil iktibar dan pedoman apa yang berlaku. Aku tahu mesti yang akan menghentam aku juga kerana aku menulis blog ini waktu sedang mahu menyambut kemerdekaan. Namun hakikatnya aku tercetus untuk menyentuh isu ini apabila aku rasakan sudah masanya aku menulis, untuk aku kongsi dan aku rasa menjadi tanggungjawab untuk menyatakan yang hak. Marilah kita kenang dan sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi, membawa haruman bunga perjuangan bangsa dan negara. Darah mereka yang mengalir di atas muka bumi bertuah ini akan diganjarkan pahala oleh Allah, air mata yang menitis, Insya Allah, Allah ganjarkan mereka dengan kebaikan Jannah, segala pengorbanan harta dan keluarga mereka dibalas sejuta keredhaan Allah. Mari kita sedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yasin kepada mereka, semoga roh arwah mereka ini tenteram di alam sana. Kita cukup bertuah mendapat negara yang dah bebas merdeka politik dari penjajah. Masalah kita sekarang membebaskan penjajahan ekonomi dan pemikiran budaya yang masih berkemelut seolah-olah tiada susahnya.


Negara yang kita diami ini sudah hampir ketandusan mereka yang nilai jati dirinya menggunung tingginya mengharung segala badai ombak, onak duri dan sepak terajang dunia globalisasi ini. Kita mahu berdiri sama tinggi dengan negara maju, duduk lebih tinggi dari mereka...namun apa gunanya apabila dalaman kita kosong, lompang lompong dengan nilai insani, nilai agama dan jati diri bangsa yang nenek moyang kita dulu cuba semaikan. Jika nenek moyang kita ini dibangkitkan dari kubur, rasanya menangis mereka kerana melihat anak cucu mereka yang sudah hampir ke gerbang kehancuran. Kita tidak belajar dari mereka, alasannya buat apa nak belajar...mereka dah mati, mereka punya zaman dah berlalu. Betapa hinanya alasan ini kerana ini jawapan yang mahu menghancurkan diri sendiri, yang mahu mengazab keluarganya, yang merobohkan bangsanya, menjahanamkan negaranya dan yang paling aku takut...akan menghancur ranapkan tiang sendi agama. Adakah kita sanggup memikul senjata, sanggup mengorbankan diri kita sendiri melawan musuh andai nafsu dalam diri roh kita kalah dalam melawan tuntutan nafsu. Nampak sangat rapuhnya jati diri kita, nampak sangat kebongkakan kita dalam sebenarnya kelemahan diri yang menerobos iman dan takwa kita pada Tuhan.

Adakah dengan mendapat kerja yang bagus, gaji yang hebat, pakaian yang berjenama, rumah yang melaut luasnya, makanan yang dihidang lazat menyelerakan, mempunyai suami/isteri-isteri/teman-teman lelaki/teman-teman perempuan yang kacak cantik jelita, salutan barangan kemas berkemilau dari kepala sampai ke kaki, mempunyai perniagaan yang menongkat hebat sampai ke langit, memandu kereta mewah, bercuti makan angin di luar negara dengan mewah dan sebagainya hanya merupakan satu lambang status yang didapat sendiri? Atau semuaya itu seolah-olah sudah mendapat syurgawi, terjaminkah semuanya itu andai negara kita ini sedang mengalami krisis kebejatan jati diri yang dahsyat? Apakah kita mampu menongkat langit yang tinggi andai kaki kita ni sebenarnya sudah untut lagi cacat? Fikirlah...kita tak ada semua ni jika dalam jiwa kita rapuh. Kita tak sampai semua ni kalau sejarah bangsa dan negara kita tidak berjuang menentang kemelut penjajahan, kita sendiri tidak tercapai segala semuanya jika pegangan agama kita terlalu rapuh. Apa guna kalau harta bertimbun tetapi redha Tuhan tetap tidak tercapai dicari. Apakah redha Tuhan terletak di pub, disko, rumah urut, di semak, di taman bunga dan sebagainya lantaran kerana ingin mencari kenikmatan nafsu serakah bahimiah kebinatangan itu? Merdeka ke dengan semuanya kalau itu menjadi pendekatan dalam mengisi kemerdekaan? Botol arak, dadah, syabu, daun ketum, judi, pelacur dan sebagainya adakah lambang kepada nilai kemerdekaan yang kita capai sekarang? Handphone mahal, bangga keluar dengan balak/awek dengan merempit, berwayangan di dalam panggung wayang...adakah itu merdeka pada kamus hidup bangsa kita? Terjerit-jerit melaung merdeka dengan berkepit jantan betina meneguk air kencing syaitan terkinja-kinja menari umpama beruk yang tempang tatkala masjid dan surau melaung azan? Ke semak...tempat taman bunga...ke tempat sunyi ke melampiaskan nafsu syahwat jantan betina tatkala masjid dan surau melaung salawat ketika solat tarawih? Mana nak cari redha Allah pada kita semua andai kita redha Allah murka kepada kita kerana menyembah tersungkur diri dalam dakapan nafsu syahwat? Jawapannya...dalam diri kita semua. Apa yang kita buat, kita tanggung. Jangan disalah orang lain...jari telunjuk panjang menjurus salah orang kelingking jari berkait ke diri juga.


Memang keras ayat-ayat aku. Itu gelojak dan isi hati aku selama ini yang aku cuba luahkan kepada mereka yang belajar pada aku, yang cuba memahami perspektif nilai jati diri insani manusia yang mendiami Malaysia kini. Aku tahu aku juga jahil, aku juga tak sehebat mana, aku bukannya Hang Tuah, bukan Dato' Maharaja Lela dan bukannya seperti Haji Abdul Rahman Limbong...bukannya betah menulis nilai nasionalisme seperti Syed Syeikh al-Hadi ataupun Abdul Rahim Kajai, aku bukannya nasionalis yang tebal ketulenannya seperti Dato' Onn Jaafar atau Tunku Abdul Rahman. Aku akui bukannya sehebat seperkasa seperti Tun Abdul Razak yang sayangnya kepada bangsanya sendiri terlalu mendalam ataupun seperti sebijak mentadbir negara seperti Tun Mahathir. Tapi aku menyedarkan diri aku sendiri dan mengajak orang lain supaya bangun menilai, memerhati, menaakul dan kemudian menginsafi bahawa semuanya yang berlaku atas kealpaan kita semua. Perbaikilah diri dari kealpaan dan hiasilah diri dengan takwa, semoga Allah memberi kita redha-Nya.
Ini sahaja dariku buat masa ini...wassalam.











Gambar-gambar yang aku paparkan di atas adalah sebahagian proses dan cerita sejarah. Jangan terkejut aku paparkan wajah Tok Janggut yang sebenarnya yang meninggal dunia dan digantung itu...selamilah perjuangannya menentang penjajah. Betapa indahnya corak perjalanan hidupnya yang akhirnya mati mempertahankan maruah bangsanya. Wajah-wajah yang aku apparkan merekalah penanam jati diri bangsa, melawan penjajah. Bersyukurlah kita semua, terima kasih kepada mereka kerana kita mengecapi nikmat kebebasan dari menyembah memanggil Mem dan Sir pada penjajah. Kitalah Mem dan Sir di bumi sendiri. Ingat...macam mana nak jadi Mem dan Sir di tanah sendiri, bangunlah dan tanamkanlah jati diri dan hiasi diri dengan sifat mahmudah. Insya Allah, kita akan jadi tuan dan puan bagi bumi ini sesuai dengan sunnatullah yang Allah jadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini.












Tuesday, August 24, 2010

Apabila runtuhnya Melaka...terisikah jiwa yang kini merdeka?





Kisah 1511

Assalamualaikum...

Hari ni 24 Ogos 2010...bersamaan dengan 499 tahun sudah Melaka tewas di tangan Benggali Putih Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Albuequeque. Alfonso, orang yang bertanggungjawab menggerakkan kuasa Portugis di Timur, melenyapkan sama sekali keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Bercita-cita mahu membongkar makam dan membawa tubuh jasad semulia-mulia manusia, Rasululah untuk disembahkan kepada Raja Manuel Portugal. Raja Portugal yang mendamba-dambakan segenap harta yang tersimpan di dalam perbendaharaan istana Melaka yang berkoyan-koyan emas permatanya. Namun cita-cita ini gagal, malah kapal Flor de la Mar yang dinaiki oleh Alfonso tenggelam dalam amukan Selat Melaka yang seolah-olah tidak rela bumi Melayu diinjak oleh bangsa penjajah Kristian yang jumud ini. Harta tenggelam di dalam perut Selat Melaka dan selat ini melakar sejarah dalam lipatan kenangan peristiwa demi peristiwa orang Melayu menentang kebangkitan kuasa Barat. Demi cita-cita kemaruk bangsa Portugis, dibongkar semua kuburan milik orang Melayu lalu diberak kencing mereka di atas kuburan tersebut tanda kemenangan. Lalu batu nisan, batu masjid dan batu istana yang dahulu menjadi lambang kemegahan Melaka diganti pula menjadi lambang pembinaan yang penuh pahit orang Melayu Melaka sendiri yang dikerah paksa membina kota A Famosa dan gereja St. Paul di atas Bukit Negara (Bukit Melaka). Termegah gereja di atas bukit, tanda kemenangan si penyembah pendahat salib, di bina di atas tapak runtuhan istana Melaka. Berpesta arak tentera Benggali Putih ini 21 hari di atas bumi Melaka. Daging perempuan Melaka yang 'empuk' dilayan secara paksa dengan dipertonton di hadapan suami, ayah, abang, adik lelaki sebelum dihukum bunuh. Tanda melampiaskan dendam Perang Salib, perjuangan didasar atas agama namun disulam indahkan dengan memuaskan nafsu serakah bahimiah dan kegilaan harta benda demi kecintaan kepada Raja Portugal.


Salah juga orang Melayu. Leka dan lalai dalam kemegahan. Sultan yang memuaskan nafsu dengan 'bermain-main' dengan segala wanita Melaka. Kerana fitnah dan cemburu Tun Fatimah, habis sekeluarga Tun Mutahir, Bendahara Seri Maharaja Melaka dibunuh. Betapa bodoh dan dungunya tanpa memeriksa sembah fitnah, akhirnya lenyap kepada satu legasi keluarga yang selama ini mempertahankan dan memperkayakan dirinya dan Melaka juga. Tamak kepada kuasa, kejam lagi bengis...beringinkan nafus meminang Puteri Gunung Ledang kerana sudah jemu kepada wanita manusia. Betapa banyak dan kemungkaran bermaharajalela di Melaka. Arak menjadi minuman sejuk pembesar, golongan agama dipermain-mainkan. Takhta bergelumang dengan kemaksiatan dan kemewahan tanpa sedar ia merobok-robek sendiri maruah Melaka. Dagang dan santeri bukan boleh dipercayai, talam dua muka. Dikatanya menyokong Melaka dalam diam menghantar maklumat perisikan dan bantuan kapal kepada Benggali Putih. Orang Melaka tidak tahu apa itu istinggar, apa itu meriam, apa itu pistol. Yang mereka tahu racun pokok ipuh boleh membunuh jika disumpit. Berkilat segala lembing tombak, diasah tajam segala pedang dan parang, kapak dan penangkas, segala perempuan Melaka memakai sanggul tajam melilit rambut buat pertahanan diri...langsung tidak kesannya jadi bahan takutan Benggali Putih itu.
___________________________________________________________________
Kisah 2010
Nenek moyang kita tersungkur mempertahankan maruah kedaulatan merdeka negara. Tidak pernah lesu mereka bangun...dari tenaga keringta, air mata dan seruan kebangsaan. Semuanya kerana demi anak bangsa kemudian. Kita terima merdekanya negara kita dari penjajah. Kita nak isikan semuanya dengan ruh merdeka. Tapi merdeka apanya jika minda, sikap dan kelakuan kita lebih jahil dari Arab Jahiliah? Betapa celakanya wahai anak bangsaku kerana kita sendiri yang menjahanamkan semuanya. Betapa hina dinanya kita kerana membiarkan kita jadi begini. Kita bermegah atas nama budaya hedonisme, melentuk liuk badan mengikut telunjuk budaya Barat yang kian karat nilai insani. Bila semua ini akan berakhir? Bila akan kembali umat manusia ini ada rasa insani? Ya Allah, aku sendiri tidak tahu bila semua ini berakhir. Aku takut pada murkamu Ya Rabbi.






Friday, August 20, 2010

Islam Melayu atau Melayu Islam???

Assalamualaikum...
Kabare sampean???? Kok ngantuk ojo???? Wes mangan??? Orak???? Waduh...kok mangan sahur??? Orak???? Padan muko!!!! Heheheheh...sekali Jawa da! Oklah selalunya aku menulis dalam blog berkenaan pasal diriku. Kali ni aku hendak menulis berkaitan sesuatu isu, masalah atau pendapat. Tambahan pula sebenarnya dalam sibuk kita dalam bulan Ramadan, sebenarnya bulan ini juga adalah bulan kemerdekaan. Menjelang 31 Ogos, selalunya bendera sudah banyak berkibar. Tapi kali ni macam tiada suasana sambutan. Disebabkan bulan Ramadan??? Mungkin anda semua terlupa bahawa orang Melaka mempertahankan bumi mereka dari penjajahan Portugis dalam bulan Ramadan? Bukankah satu bentuk perjuangan yang suci dan mulia? Malahan, dalam lipatan sirah Nabawiah, bukankah juga perang pertama dalam Islam berlaku dalam bulan Ramadan? Perang Badar berlaku pada bulan Ramadan, sewaktu umat Islam sedang berpuasa bersama-sama dengan Rasulullah? Bukan aku untuk menyuruh semua umat Malaysia berpesta-pestaan di dalam bulan kemerdekaan. Tetapi hakikatnya, bulan Ramadan dan bulan kemerdekaan yang disambut serentak sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran dan bagi aku, jatuhnya bulan Ramadan dan bulan kemerdekaan pada masa yang sama mempunyai signifikan yang besar. Perjuangan orang Islam dalam melawan penjajahan nafsu serakah dan juga memantapkan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya disamping menhayati, menghargai dan sedia berkorban demi agama, bangsa dan negara adalah dituntut dalam syarak kan??? Semuanya berkait rapat dan sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam sepatutnya rasa bersyukur dan menghargai kenikmatan beragama dan kebebasan merdeka. Bagi aku Islam itu kemerdekaan diri dari belenggu kemelut jiwa, memerdekaan diri dari segala beban ruwet masalah dan akhirnya menyatukan diri secara total kepada pengabdian ekpada Allah. Bukankah itu tanda kemenangan jiwa dan pembebasan diri daripada kemurkaan Allah?
Berbalik kepada pokok tajuk di atas...Islam Melayu atau Melayu Islam? Ceritanya begini. Hari ni aku datang ke kolej, tempat kerja tercinta ku dengan menaiki motor. Biasa la, lecturer ni merempit la di atas jalan raya sehinggalah tetiba aku sendiri terpandang dan membaca satu banner yang digantung pada lampu isyarat. Kebetulan pula waktu aku sedang berhenti sebab lampu isyarat warna merah. Pada banner tu ditulis "Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1431 Hijrah. Islam Melayu Melayu Islam". Ia ditulis oleh sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Melayu Malaysia. Ketika aku membaca Islam Melayu Melayu Islam aku terpempan. Aku terkejut dan aku sehingga sekarang berfikir sehingga sekarang ni. Aku pun bercadang nak ebrkongsi di dalam blog ni agar ada sesiapa sudi untuk membaca. Tetapi sebelum diskusi ini bermula, aku sendiri memohon petunjuk dari Allah agar dapat memberi aku sedaya upaya dan hikmah keilmuan yang aku pelajari. Aku tahu ilmu yang aku miliki tidak sedalam mana...terlalu cetek. Cuma yang aku tahu dalam bidang keilmuan ini cakupannya terlalu luas. Tidak ada pendapat yang salah dan tidak ada pendapat yang betul, asalkan jangan disulam dengan perasaan yang mazmumah menegak benang basah mendirikan fakta yang benar-benar tidak masuk akal dan terbukti menyalahi hukum Allah dan rasul-Nya.
Baiklah...berkenaan Islam. Islam itu diturunkan dahulu kepada orang Arab Quraisy. Tapi akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Kenapa? Sebab Islam itu bukan hak milik mutlak sesuatu kaum, bangsa atau masyarakat juga tidak dikhususkan kepada individu atau sekumpulan tertentu. Itu petanda bahawa Islam itu syumul. Berbalik kepada ayat Islam Melayu. Ayat ini terlalu subjektif. Adakah Islam itu milik Melayu atau Islam itu merujuk kepada Melayu. Bagi pendapat aku yang jahil ini, Islam itu bukan milik Melayu sahaja. Islam juga bukan merujuk kepada Melayu. Bukannya apa, ayat Islam Melayu itu terlalu keras dan berkemungkinan juga boleh timbul isu sensitif. Islam bukan menjerumus diri ke arah memeningkan kepala mengheret kepada konflik. Islam lahir dari perasaan mahabbah dan semangat kemanusiaan sejagat. Bukan bermakna Islam itu dikhususkan kepada Melayu. Memang diakui rata-rata orang Melayu beragama Islam tetapi ini bikan bermakna hak milik kemutlakan Islam itu dikalangan orang Melayu sahaja. Bagaimana jika orang India, orang Cina atau sesiapa sahaja yang bukan Melayu mahu memeluk Islam? Adakah perlu dikatakan mereka masuk Islam ataupun mahu menjadi Melayu? Apakah kriteria sebenarnya? Ekslusif sungguh kamus perkataan Melayu itu sehingga sudah nampak 'kelenyapan' Islam itu sendiri. Jadi bagaimanakah pula penerimaan orang asal Melayu ini apabila kaum bukan Melayu memeluk Islam jika istilah Islam Melayu itu diguna pakai? Adakah mereka juga Melayu sehingga adat resam mereka akan 'dimelayukan' kerana mereka memeluk Islam? Persoalan itu sebenarnya aku sendiri takut untuk menjawab kerana terlalu pedas dan pedih untuk diberitahu. Apa yang penting sebenarnya pokok persoalan dan jawapannya ialah Islam itu bukan Melayu. Kalau Islam itu Melayu bermakna ada sebahagian hukum hakam Islam juga berkait rapat dengan adat resam kebudayaan Melayu. Jadi tidak timbul isu atau masalah jika pertentangan antara hukum adat Melayu dan hukum syarak jika Islam Melayu itu diguna pakai. Hakikatnya betapa banyak adat dan istiadat Melayu yang tidak menepati dan melanggar hukum syarak. Tepuk dada tanya selera.
Berbalik semula kepada Melayu Islam. Ini mungkin lebih 'mesra' dan lebih tepat penggunaanya. Kita akui malah termaktub dalam kontrak sosial perlembagaan Malaysia bahawa Melayu itu ialah beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan berbahasa Melayu. Memang tepat jika merujuk Melayu itu dari segi perlembagaan kerana orang Melayu bersandarkan kepada tiga keadaan serentak iaitu dari agamanya, bahasanya dan adat resamnya. Persoalan juga mungkin timbul dari sini. Berkenaan kes Lina Joy yang memohon agar Islam digugurkan dari kamus hidupnya. maksud di sini ialah mahu murtad. Na'uzubillah...memang mengejutkan. Ada seorang pelajar ku sendiri bertanya berkenaan status Lina Joy dari segi kaumnya. Adakah dia masih dianggap Melayu walaupun murtad keluar dari Islam? Alasan pelajar aku itu disebabkan oleh menurut perlembagaan Malaysia seseorang Melayu itu adalah beragama Islam dan berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Mengapa aku boldkan dan itu? Sebab bagi pendapat pelajar ku sendiri jika kehilangan salah satu identiti Melayu yang terangkum tiga itu bukan bermakna Melayu untuk Lina Joy. Memang aku akui pendapatnya betul juga. Sebab itu termaktub dalam perlembagaan. Kalau perlembagaan dipertikaikan berkenaan orang Melayu, bermakna keluhuran dan ketinggian perlembagaan Malaysia hampir tiada disebabkan pertikaian yang timbul. Jadi, tergugurlah istilah Melayu bagi kamus hidup Lina Joy? Mahu didasar kaum apa jika dia diisytihar keluar dari Islam? Masuk jadi bumiputera lain? Kaum bumiputera yang mana? Adakah sanggup diterima oleh Lina Joy? Itu persoalan yang timbul. Bagaimana pula jika orang Melayu itu beragama Islam tetapi tidak betah dan petah berbicara bahasa Melayu dan/atau tidak mengamalkan adat Melayu kerana dilahirkan di luar negara ataupun menolak bahasa Melayu dan budayanya kerana dianggap kolot? Jadi, masih Melayukah dirinya ataupun tergugur kamus Melayu dari hidupnya? Besar sungguh makna dan pengertian Melayu dan perkaitannya dengan Islam, bahasa dan budayanya.
Jadi di sini aku tidak mahu berdiskusi panjang. Yang penting sebenarnya di sini ialah bagaimana orang Melayu mempertahankan hak status bumiputera, bagaimana untuk mempertahankan nilai jati dirinya beradasrkan agama yang dianutinya, bahasa ibundanya yang dipertuturkan dan adat resam menjadi pegangan amalannya. Adakah nampak isu chauvinisme dan perkauman berlaku jika ini yang menjadi perhatian dalam arus kebangkitan orang Melayu di tanah sendiri? Mungkin aliran gelombang kebangkitan nasionalisme Melayu Islam akan muncul dan aku sendiri berharap agar kebangkita ini memberi ruh kebaikan dan mendapat restu dan redha Allah S.W.T., Insya Allah.
Ini sahaja coretanku untuk kali ini. Jika ada sesiapa terasa aku pohon maaf kerana aku insan yang lemah tak dapat alri dari bebal khilaf laku kata ini. Jika ada sesiapa yang ingin memberi komen dan pendapat dipersilakan, agar ilmu Allah ini sentiasa disebar dan menjadi panduan, peringatan dan hikmah kepada kita semua. Sekian, Asssalamualaikum.

Wednesday, August 18, 2010

Hati yang dicengkam kesedihan dan kepayahan...kepada Allah ku adukan

Ya Rabbi...Ya Allah

Ku adukan sebeban sejuta rasa resah diriku pada-Mu. Ya Allah, ku hamba-Mu, anak kepada hamba-hamba-Mu, hamba yang segala serba serbi daif dan lemah. Ya Allah, betapa malunya akan dosa-dosa yang telah lakukan. Betapa hina dina diriku melakukan setiap kesalahan yang terlalu besar dosanya. Namun, ku harapkan dengan sebenar-benar harapan, harapan yang hanya bersandar pada-Mu. Ku akui serendah-rendah hatiku bahawa Engkaulah Tuhanku, Engkaulah penciptaku, Engkaulah yang menghidupku, Engkau juga aku akan bertemu bila janji-Mu telah tiba untukku. Ku serahkan seluruh hidupku, ibadatku malah urusan matiku hanya pada-Mu Ya Rabbi. Hamba-Mu yang serba kerdil ini memohon keampunan taubat dari segala dosa, sama ada ku lakukan secara terangan atau secara sembunyi. Ya Illahi ku curahkan rasa pengabdianku pada diri-Mu. Ku curahkan rasa hatiku, gelojak jiwaku, segugus beban dan kedukaan ku ini hanya pada-Mu.
Aku hanya bertaut pada tali-tali-Mu Ya Allah. Ku sunyi dalam gembira, perit pedih tanggung derita. Ya Allah, aku benar-benar lemah dalam menghadapi semuanya. Terlalu rasa berat menangung semuanya di atas pundak bahuku ini. Ke mana lagi untuk aku serahkan segalanya hanya pada-Mu Ya Rabbi. Aku dambakan hanya keampunan, kerahmatan dan kebebasan dari segala masalah yang berat menanggung diriku. Ya Allah Ya Allah Ya Allah, aku adukan semuanya dihadapan-Mu. Ku tidak tahan lagi menangung semuanya Ya Rabbi. Ya Fatah, bukakanlah jalan penyelesaian untukku. Ya Rahman Ya Rahim, rahmati diriku, kasihanilah diriku, berkati hidupku. Ku menyesal apa yang telah berlaku, kerana menurut hawa nafsuku yang terlalu jahat ini. Ya Rabbi, ampunilah diriku, ampunilah dirku, ampunilah diriku.
Ya Allah, ku derita atas segala sebeban masalah diriku. Jika ku hina di mata manusia, jangan Engkau hinakan diriku dihadapan-Mu. Ku rela menghinakan dirku sendiri dihadapan-Mu, ku buangkan segala pakaian kebesaran dirku, ku campakkan segala keegoan diriku. Ku menadah tangan hanya pada-Mu Ya Allah. Ku mengemis dihadapan-Mu. Ku mengemis meminta-meminta dari-Mu. Ya Allah, aku malu meminta-minta dari-Mu tapi kepada siapa saat ini aku meminta dikala tidak ada manusia yang mampu membantuku, tiada siapa yang mahu menolongku. Wahai Tuhan yang Maha Penolong, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Wahai Tuhan Pemberi Rezeki, ku mengemis memohon merintih meminta dari-Mu. Luaskan dan permudahkan rezeki. Wahai Tuhan yang Maha Tinggi Kesucian, Wahai Tuhan Yang Maha Besar, wahai Zat Yang Maha Hilangkan, hilangkanlah rasa deritaku, hapuskan rasa keluh kesah ku, lenyapkan segala masalah yang bergolak dalam jiwaku. Wahai Zat yang Menurunkan rezeki, wahai zat yang Maha Hidup dan berdiri Diatas Sendirinya, Wahai Zat Yang Maha Suci Penuh Kemuliaan, Ya Rabbi...Ya Rabbi...Ya Rabbi...Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah.
Ku merintih pada-Mu. Bantulah diriku. Kuatkan azam dan tekadku. Bantu dan bimbinglah diriku untuk ku keluar dari lingkungan beban masalah ini. Ya Allah, ku dambakan bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah, siramilah jiwaku dengan ketabahan, tanamkan diriku dengan keyakinan dan benihkan diriku dengan rasa syukur dan redha pada-Mu. Ya Rabbi Ya Rahim Ya Karim Ya Hannan Ya Mannan...ku berpegang dan berdiri atas kalimah kebesaran-Mu. Awal hidupku kerana-Mu dan akhir hidupku juga kepada-Mu. Ya Allah, Engkaulah pemilik sepenuhnya atas jiwaku, pemegang ubun-ubun kepalaku, setiap detik jantungku berdegup, setiap nafasku yang ku hirup semuanya dalam pengetahuan-Mu jua. Ya Rabbi, ku mohon pada-Mu agar dikuatkan diriku. Sabarkan diriku, leraikan segala sifat mazmumah dalam hidupku. Ya Allah, Ya Allah Ya Allah.
Ya Rabbi, sampaikan salam rinduku, hadiahi bingkisan-bingkisan rinduku pada kekasih-Mu, penghulu segala nabi, pemberi syafaat dan pembawa rahmat, Rasulullah S.A.W. Sampaikan bingkisan selawat setulus kasih sejernih hati pada penghuluku, nabi ku dan pemberi syafaat kepada ku. Rahmatilah dan berikanlah taufik, hidayah dan keredhaan-Mu pada para ahli kaum keluarga baginda, para sahabat baginda, para pengembang dan pencinta agama-Mu, kepada para pejuang mempertahankan kebsaran kalimah-Mu, para hamba-Mu yang mencintai kebenaran, kepada hamba-Mu yang akrab dengan diri-Mu, kepada para waliullah, kepada para nabi dan rasul, kepada para umat Islam yang masih hidup ataupun sedang beradu di dalam kamar kubur. Ya Allah sampaikan salam doa ku ini kepada semua, sampaikan hajatku, tunaikan segala permintaan ku, jangan dirungkai dan dihijab segala permintaan cita-citaku. Segala puji untuk diri-Mu, segala kebesaran dan kemuliaan serta kehebatan hanya milikku, dan ku akui bahawa Engkaulah ya Allah, Tuhan bagi seluruh alam mayapada ini. Amin...Amin...Amin Ya Allah!!!!

Monday, August 16, 2010

Baru 6 Ramadan, kesabaranku telah dicabar

Assalamualaikum....
Bismillahir Rahmanir Rahim...

Aku berlindung dengan kebesaran, kehebatan dan kekuasaan Allah, dengan mengharap nur taufiq dari-Nya. Selawat berbingkiskan salam kepada Junjungan Besar, kekasih Allah Rasulillah S.A.W., penghulu segala nabi, pemberi syafaat dan pembawa rahmat kepada seluruh alam.
Ya Rabbi, kenapa rapuh benar iman dan sabarku ini? Ni la angkaranya kalau jawapan sesat mazhab sesat pemutar fakta yang dijawab oleh student2 Nursing Group ni. Lain aku ajar, lain dijawab! Lain aku beritahu, lain pula yang ditulis! Ya Rabbi ni la antara dugaan hidup kalau menjadi seorang pendidik. Kena menghadapi kegalalan pelajarnya menjawab soalan. Seorang pelajarnya gagal bermakna gagal pendidik itu mendidiknya. Betuk ke konsep ni? Boleh ke diaplikasikan sekarang ni? Entah la, mungkin kena pandang dari semua sudut, dari sudut pandangan dan perasaan pendidik, sudut pandangan dan perasaan yang dididik dan juga sudut faktor keadaan. Takkan saling salah menyalahkan.
Masuk kolej ni baru aku sedar, kat sini tak ada musim exam. Bayangkanlah jika stduent aku ni hanya kelas 2 minggu untuk aku habiskan silibus sembilan topik besar. Mengajar dari teori masyarakat sehingga kepada sejarah dan dasar negara, bukannya suatu perkara yang mudah. Aku kena lihat kemampuan dan keupayaan pelajarku. Tercapai objektif? Entah la...susah nak aku beritahu dan aku nak gambarkan. Tapi kalau dah student dah jawab, dan ada juga student menjawab dapat full mark, ini bermakna keobjektifan aku mengajar boleh dikatakan tercapai. Tetapi ada bentuk ukuran dan indikator yang perlu diaplikasikan kalau nak mengkaji kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran aku.
Hari pertama minggu ni, hari Isnin aku masuk kerja lambat sikit. Ini disebabkan kelas kuliah aku habis pukul 6 petang. Kemudian terkejar pula ke bazar Ramadan membeli juadah pembuka puasa. Kemudian balik ke Mantin...ke apartmen aku, mandi-manda dan siap-siap untuk berbuka. Lepas solat maghrib aku bersama kawan-kawan dan pelajar akan berpatah pula ke kolej balik bagi menunaikan solat isyak dan tarawih berjemaah. Tengok giliran untuk malam ni, aku kena jadi imam solat tarawih. Tak apalah, ok jer la. habis olat dalam sembilan setengah rasanya emsti aku ngan akwan-kawan aku meninggah kedai membasah tekak ataupun makan makanan ringan. Buat pelapik perut. Pukul 11 malam rasanya dah ada kat rumah, terus tidur. Sahur pukul 5 pagi bangun...mana tak mata mengantuk. Ditambah lagi dengan ubat batuk yang aku makan lagi...fuh baik punya lena tidurnya.
Oklah, aku rasa nak rehat kejap. Nak melelapkan mata sebentar. Sunat ni...berehat sebentar. Pukul 4 hingga 6 pula aku kena mengajar kuliah student Fisioterapi pula. Oklah yer...bye2...Assalamualaikum!

Friday, August 13, 2010

Hari Jumaat ( 31 Ogos 2010, 3 Ramadan 1431 Hijrah)

Assalamualaikum...
Ya Rabbi...ngantuknyer!!! Takkan baru pukul 10.30 pagi mata dah nak layu? Tak leh jadi ni. Ni la akibat tak bangun sahur, kelam kabut bangun 6.30 pagi. Kemudian terus merempit ke kolej sebab kulih pukul 8 pagi/ Betapa sabarnya aku dan student menunggu pintu dewan kuliah dibuka kunci pukul 8.15 pagi. Adui la, bulan puasa ni memang medan menguji kesabaran ler. Tak apalah, hati mesti kena tenang, mulut kena banyak diam. Tapi hakikatnya, Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui.
Risau sungguh aku ngan mak aku ni. Baru 3 hari puasa diserang angin dalam perut. Selalunya bulan puasa memang dia kena serang angin. Berhari-hari pulak tu. Kalau dekat boleh juga aku tolong urutkan, ni dah jauh. Just aku pesan kat abah aku, belikan ubat buang angin. Sekarang ni dah senang sikit, dah ada jual ubat buang angin. Beli je ubat tu sepapan, kunyah je dua biji. Harga pun Rm 2.00 je sepapan. Murah dan praktikal. Tapi aku dah lupa jenama ubat tu la. Memang sekali aku makan memang keluar angin. Sendawa n ttttttuuuuuutttttt (hehehehe!!!) je memanjang. Ok la tu, buang angin berlebihan dalam badan. Aku pulak bangun pagi dah pulak kaki aku cramp. Sakit yang amat. Hampir sepuluh minit la aku jenuh nak membetulkan kaki kiri aku yang berdenyut sakit. Nasib baik ok dah. Cuma sekarang ni aku risau 2 penyakit yang datang, pertama smaigrain yang kedua pedih ulu hati. Ni batuk ngan selesema tak habis-habis macam mana pulak ni??? Adui la...
Dalam ofis aku sekarang sunyi, ramai lecturer ada kelas. Aku pulak sambung kuliah pukul 2.30 petang sampai 4.30 petang. Ni kuliah terakhir aku untuk goup 34 Nursing, so lepas ni kelas aku hanya ada 2 kali sahaja seminggu. Selepas raya, azab lagi la...dengan kuliah yang banyak dan panjang. Harap-harap time tu suara ok la.
Ini je la buat masa ni. Aku dah ngantuk, elok lelap kejap. Nanti kalau tak kepala aku pening. sekian, assalamualaikum!!!

Thursday, August 12, 2010

Hari Khamis (2 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadan 1431 Hijrah)

Assalamualaikum...haper habor weh? Ater jelepek ker weh? Uishhh, teman tahu ler komer semuer tengah poser tapi jangan ler sampey nampak jelepek bebenor. Yang tengah keghojer, time rehat tu jangan asyik nak membegholoh membuter, se cober komer baca quran ker, berzikir ker...ader jugok faedah nyer weh.
Oklah, meleret sangat aku sembang ni. Apapun aku ucapkan selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa. Yang tak poser, opppsss...tak leh selamat. Kalau perempuan tu tak apa la ada 'lesen merah', tapi yang lelaki ni, kalau tak sihat, uzur syar'ie, tak apa la boleh la tak poser, tapi yang sihat walafiat tapi tak nak puasa...ni yang kes berat. Tak malu ke pada Allah yang sentiasa memerhati? Dah la tak poser, sanggup pergi pintu belakang kedai makan nak beli makan, siap tapau baikkkkkk punyerrr!!!! Sekali terkena tangkap, naik jer la van jenazah. Tak apa la naik van jenazah, kalau zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang tak poser diarak naik kereta lembu kemudian sampai depan istana, kena hukum makan rumput depan istana Sultan. tu la yang dihukumkan dalam Hukum Kanun Melaka. Best dan praktikal juga hukuman tu kalau dibuat sekarang ni. Tak malu, bebudak kecik pun boleh poser. Boleh poser diaorang tu 30 hari, tak ada ponteng. Bila tanya kenapa sanggup poser macam orang dewasa, ada jawapan yang betul-betul aku respect kat sorang budak ni, jawapannya...saya malu kat Allah, takut kat Allah!!! Dia boleh jawab macam tu bila aku tanya, terkejut aku. Bernas sungguh jawapannya. Kecil-kecil lagi dah ada rasa takut, ada rasa malu pada Allah. Yang kita-kita ni pulak macam mana??? Aku boleh menjawab untuk diriku tapi tak boleh untuk orang lain...tepuk dada tanya selera.
Semalam 1 Ramadan berlalu. Alhamdulillah berjaya juga dihabiskan puasa. Semalam aku tetap bekerja sebab kolej tak ada cuti. Masuk kerja pulak pukul 8 pagi. Memang liat ler aku memula rasa nak pergi kerja mesti sampai sebelum pukul 8. Tapi hari ni Alhamdulillah, pukul 7.50 pagi dah sampai. Ini la akibat dan angkara lepas solat suubuh tidur balik. Kalau kat rumah kat kampung aku la, kalau mak aku tahu lepas subuh aku tidur lagi, maunya mak aku tu jerit marah kat aku. Sekarang ni aku busy ngan kuliah-kuliah yang aku sampaikan. Secara puratanya aku terpaksa mengajar 6 hingga 7 jam sehari. Maunya suara aku sakit, tekak perit. Dah makan ubat berbotol, tetiap malam minum air asam jawa, makan madu campur ngan perahan asam limau nipis...suara aku tetap macam ni. Dah more than one month macam ni. Tak apalah, aku sakit suara aku suruh student buat kajian kat library jer...buat persiapan untuk exam diaorang. Kalau tak siap assignment aku, kena siapkan cepat-cepat.
Berpuasa di tempat baru, merantau jauh ke selatan telah menyedarkan aku tentag sejarah perjalanan hidupku yang penuh berliku. Betul kata orang-orang tua, umur muda ni dicari dulu pengalaman. Tengok tempat orang, berdagang membawa diri mencari rezeki. Bila sampai masanya balik juga ke tempat asal. Terasa sedih juga buka poser diperantauan ni, jauh ngan mak abah di kampung. Tapi yang bestnya...aku dah ambil cuti nak balik kampung dari 28 sampai 31 Ogos ni. Nak jugak berbuka poser kat kampung. Yang tak bestnya pulak, cuti hari raya aku singkat sangat. Hari Ahad, hari raya ketiga dah kena balik ke Negeri Sembilan. Sebabnya, hari raya keempat aku dah mula kerja balik. Waaaaaa...beraya diperantauan betul nih!!!! TIDAK!!!!!!!!!!!
Tak apa...sabar la wahai hatiku. Tak apa, banyak faedah menanti. Berkorban dulu la demi kebajikan dan kebaikan masa depan kan??? Hurm...ngantuk juga mata ni. Alhamdulillah semalam ngan hari ni tak ada kelas, so apa lagi, happy lain mood jer la. Tu kertas exam 97 skrip bila aku nak tanda??? Alahai, tanggungjawab dah menanti....
Oklah, sebab tanggungjawab nak menanda exam tu dah memanggil, aku stop dulu coretan ini. Kalau ada masa ketika dan saatnya, aku mencoret lagi. Sekian...Ilal Liqa'...Assalamualaikum
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADAN AL-KARIM!!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Ketika usia 28 tahun

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...salam dan selawat pada Rasulullah, para keluarga baginda, para sahabat baginda, para pejuang kebenaran, para pencinta kepada jalan kebenaran dan seterusnya kepada seluruh umat Islam di dunia ini; sama ada masih menjalani kehidupan di dunia yang fana ini atau sedang beristirahat di dunia barzakh; ku doakan kalian semoga dalam pemeliharaan Allah dan dipenuhi dengan rahmat dari-Nya.
Alhamdulillah, semalam 27 Julai 2010 bersamaan 15 Syaaban 1431 Hijrah, genap umurku 28 tahun. Bermakna sudah 27 tahun lepas aku dah hidup, mengutip pelbagai segala pengalaman pahit manis sepanjang hidup. AKu bersyukur pada-Mu Ya Allah, yang masih memanjangkan umurku, masih mahu aku memperbetulkan salah silapku dan merenung nasib masa depan. Tak sangka pula birthday aku kali ni jatuh pada hari Nisfu Syaaban, mempunyai signifikan yang cukup besar bagi diriku. Ku sambut harijadiku dan Nisfu Syaaban dengan berpuasa, moga-moga Allah menerima puasa ku sebagai tanda kesyukuranku.
Hadiah harijadiku yang cukup bermakna tahun ini ialah Allah dah mengabulkan cita-citaku untuk menjadi seorang pensyarah. Alhamdulillah, apabila bergelar seorang pensyarah mestilah dunia yang aku lalui penuh berbeza berbanding dahulu menjadi seorang guru. Namun tugasku sama saja, mengajar. Cuma mengajar dalam dunia pendidikan tinggi mempunyai perbezaan yang cukup ketara. Penerimaan pelajar terhadap diriku setakat ni, hurm...Alhamdulillah. Biasa la, lawak jenaka memang aku sentiasa hiaskan dalam pengajaran aku. Ada saja idea aku dapat ketika aku mengajar, buatkan pelajar aku tak mengantuk. Cuma beberapa peraturan ketat aku telah berikan kepada mereka, terutama soal ketepatan masa dan soal penghormatan pada diriku. Bukan minta untuk disanjung, tetapi aku cukup pantang seseorang biadab pada aku, apatah lagi seorang pelajar yang biadab pada pengajarnya; cukup aku pantang.
Tetiba rindu pulak kat mak ngan abah kat kampung. Abah aku ni tak sangka plak semalam dia kata nak berniaga makanan balik. Tempat dah ada, pembantu pun dah ada. Mak aku beritahu dia hanya boleh masak kuah kari ngan sediakan bahan-bahan untuk menggoreng aja. Dia tak larat nak berdiri lama-lama nak tolong abah aku. Abah aku ni bab mencari duit memang ligat, dah pencen pun masih ligat lagi, tak betah duduk rumah lama-lama. Kadangkala aku malu dengan diriku sendiri bila aku melihat kerajinan abah aku. Boleh ke aku rajin macam dia ni? Dia ada beritahu setakat makan gaji boleh ke bayar hutang keliling pinggang? Ini membuatkan aku tersentak sebab umur dah makin meningkat sepatutnya dah mula memikirkan masa depan aku ni.
Berbalik pada usia aku yang dah mencecah 28 tahun, sepatutnya aku dah mula memikirkan persediaan untuk menghadapi usia 30 tahun dan seterusnya. Pertama, soal kahwin. Aku serahkan jodoh pada Allah. Buat masa ni aku memfoskuskan kepada pekerjaan aku. Ada yang kata, dah ajar nurse tu cari-cari la yang mana berkenan. Bagi aku la, konsep aku mengajar sambil tu cuci mata mencari bakal isteri dari kalangan pelajarku, aku rasa tak betul la. Bagi aku biar la datang sendiri. Aggghhhh, malas la nak fikir. At least mak abah aku tak pernah mendesak aku supaya berkahwin. Mereka masih percaya pada diriku kerana aku yakin aku mampu mengawal nafsu diriku. Tak tahan??? Rasulullah dah ajar, tak tahan puasa. Tu salah satu sebab aku puasa, dismaping menjimatkan duit dan dapat merampingkan badan ku. (Oooopppsss, Cik Roro Kurus...aku punkurus gak macam miker weh!!!)
Soal kedua, mesti la aku nak beli rumah. Umur macam ni aku mesti nak aim beli rumah. Kereta dah aku ada. At least beli la rumah kos rendah. Kena tengok bajet aku dulu. Sekarang ni aku tinggal kat apartmen kolej aku di Mantin. Memang aku suka sangat stail apartmen aku ni. Ada empat bilik, dua bilik air. Aku dapat bilik utama, bilik air pun tak payah kongsi. Tak apa, walaupun dapat free aku jaga elok2, nak hias cantik-cantik rumah aku. Bajet??? Tak apa, Nilai 3 dekat je. Kat situ boleh fikir dan beli dengan harga rumah. Perlahan-laha la yer...nak beli TV, mesin basuh, nak beli radio hi fi ngan pemain DVD sekali. Peti asi dah ada, perabot meja makan ngan ekrusi lengkap, kerusi ngan meja ruang tetamu pun dah lengkap. Beli carpet, beli partition kayu tu, beli lampu kaki letak kat tepi dinding, ada hiasan gambar rasanya dah cukup cantik rumah tu. Kalau nak jual rumah tu, aku cadang nak beli la. Aku dengar rumah tu kalau dijual sekitar Rm70k hingga RM 90k, aku rasa nak cuba beli la. Minta-minta Allah kabulkan la hajatku, hajat ketika berusia 28 tahun ni.
Oklah, sampai sini coretanku dulu. Lain masa lain ketika, aku mencoret lagi yer??? Ilal liqa', bye bye...Assalamualaikum!!!

Saturday, July 17, 2010

Tempat baru, suasana baru, cabaran baru

Assalamualaikum...
Akhirnya, teman sempat juga nak meneruskan kembali penulisan blog ni, rasanya berbulan jugak aku tak mencoret kat sini. Almaklumlah, sibuk bebenor sejak dua menjak ni. Kepada Cik Roro Mendut aka Roslee, teman ucap terima kasih sebab sudi menggalakkan teman menulis mencoret sesuatu kembali dalam blog. Mungkin selepas ni aku akan aktif semula menulis dan mencoret di dalam blog.

Selepas meletakkan jawatan sebagai seorang guru di MRSM Transkrian, aku berhijrah keluar ke Kuala Lumpur. Selama 6 bulan aku berada di Kuala Lumpur, stay di Gombak. Aku bekerja juga sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Taman Ilmu dna Budi, dibawah payung International Islamic School ang dikelolakan oleh IIUM Sdn. Bhd. Enam bulan aku berada di sekolah tu, memang cabaran yang kuat aku rasakan, apatah lagi kos hidup yang melambung tinggi di KL. Jadi mahu tak mau aku kena mencari satu pekerjaan yang sesuai dengan diriku dan menjamin masa depanku.

Kisahnya sekarang, aku sudah bergelar seorang pensyarah, bekerja di Nilai. Nak masuk minggu ketiga aku bekerja di kolej ni. Kolej ku, KPJ International College of Nursing and Healthcare merupakan sebahagian daripada rangkaian Hospital KPJ yang berkembang pesta di Malaysia. KPJ ini merupakan sebahagian daripada anak syarikat J Corp, sebuah syarikat milik bumiputera yang terkenal dan semakin maju. Di sini aku mengajar subjek wajib yang disyaratkan oleh MQA (Malaysia Quality Accreditation-MQA) iaitu subjek Pengajian Malaysia yang diberi kod LAN 1003. Mengapa subjek ni wajib diajar dan apakah ada kena mengena dengan bidang perubatan dan kesihatan. jawab ku mudah je, memang ada, selagi kita jadi warganegara Malaysia selagi itulah pengajian sejarah, politik dan ketamadunan mesti diajar dan dipelajari. Tak nak ambil subjek ni, alamatnya tak laku la diploma atau ijazah graduan nanti. Kalau mana-mana IPTS tak nak ajar subjek ni, bawa alamatnya kena tutup la selama-lamanya aka kena gulung tikar sebab ingkar arahan.

Macam mana aku boleh dapat jawatan yang memang aku idamkan selama ini? Kisahnya begini, dalam aku dok kalut mencari kerja yang lain semasa di KL, satu hari tu aku dapat satu sms dari kawan rapatku. Dia kata kenapa tak cuba cari kerja dan memohon kerja kat pameran kerjaya di PWTC. Lagipun ada lebih 55 ribu peluang pekerjaan ditawarkan. Aku apa lagi, terus ambil inisiatif pergi ke PWTC. Time tu plak aku baru je baik demam. So sampai di PWTC, aku berjalan la dari satu booth ke satu booth pameran kerjaya, dari la pekerjaan yang diburu semua orang dalam Petronas sampai la sekecil2nya jadi office boy. So dalam aku jalan2 dalam PWTC tu aku nampak la ada dua deretan IPTS-IPTS yang membuka peluang pekerjaan di tempat mereka. So aku pun apa lagi, menyerahkan resume dan menulis setiap borang permohonan. Bila aku sampai ke booth KPJ, aku nampak satu iklan jawatan kosong tempat mereka (yang sekarang aku dah isi), Lecturer for Malaysian Studies. Apa lagi, tanpa banyak fikir aku terus tanya orang yang jaga kaunter (orang-orang HR kolej aku) memang ada kekosongan lagi ke untuk jawatan tu. Alhamdulillah, masih ada dan apa yang menyeronokkan mereka memerlukan tenaga pengajar dari lelaki. Dan hanya aku seorang sjaa lelaki yang apply untuk post itu. So aku pun apa lagi tulis borang permohonan dan serahkan resume. Dan pegawai tu siap buat star besar2 kat borang yang dah aku isi.

Selepas dua minggu berlalu, satu hari selepas aku bersedih sebab peperiksaan PTD aku gagal, tiba2 satu panggilan datang, aku just jawab la. Panggilan dari KPJ College! Ya Allah, aku dipanggil temuduga. Dan temuduga pula buat di Nilai, time cuti sekolah. So tak payah la aku dok susah hati nak apply cuti. Aku lantas nyatakan persetujuan dan buat la persiapan itu ini. Dok baca buku pasla kenegaraan Malaysia, baca buku sejarah Malaysia. So, sehari sebelum temuduga aku pun menumpang rumah makcik aku kat Dengkil. Dekat sikit ke Kolej, dalam 20 minit ke kolej tu. Cabaran nak pergi ke rumah mak sedara aku ni cukup kuat, tapi aku fikir positif sebab ini mungkin jalan menuju kejayaan. Bayangkanlah dari Kl Sentral selama satu jam setengah aku berdiri dalam komuter dah macam ikan sardin dalam tin. Nak pengsan aku, sampai pulak at stesen komuter Bangi, beg galas aku plak tiba2 putus talinya. Ya Allah, apakah petanda semuanya ni??? Nasib baik mak sedara aku pujuk aku, bagi kata semangat, thanks Maktih. You help me a lot. To Paktih, thanks coz help me to find the true direction to go that college. We search that college used your car in the night time, but thanks God, lastly we found that college and know the right direction.

So pada keesokkan harinya, aku pun merempit la dengan sepupu aku ke kolej ni. Cari punya cari akhirnya aku sampai juga. Sebab malam tak berapa ingat jalan so pagi lain plak, dah cerah. Sampai kat kolej tu aku pi la meja penyambut tetamu kata aku nak temuduga. Hanya aku sorang je candidate yang apply. Lima minit kemudian nama aku dipanggil. Hanya ada dua orang temuduga, yang seorang tu memang pegawai HR yang aku jumpa masa pameran hari tu dan seorang lagi memperkenalkan dirinya Encik Zam (koordinator subjek MQA) . Yang lawaknya (takut cuak juga) sebab temuduga tu dalam 10 minit aja sebab kedua-dua panel temuduga tu demam!!! Aku dok fikir la mungkin diaorang demam sebab tu temuduga singkat je atau diaorang ni dah ada calon lain sesuai kut. Aku dok kata dalam hati kalau tak ada rezeki tak apalah, aku cari pengalaman. Soalan ditanya berkisar pengajian aku, pasal diri aku dan pengalaman bekerja, tu je.

Hari tu jugak aku balik ke KL. Seminggu kemudian surat tawaran kerja pun sampai dan akhirnya aku berjaya!!! Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah yang telah memberi aku rezeki seluas2nya. Aku bersyukur kerana Engkau perkenan doaku Ya Allah, moga-moga jadikan tenpat baru ku ini sebagai tempat aku menimba pengalaman, mencari rezeki yang halal dan diberkati jua oleh-Mu Ya Rabbi Ya Allah.

Sekarang, aku bukan lagi seorang guru, tetapi seorang pensyarah. Tetapi tugas ku adalah sama, memberi ilmu dan mengajar. Dan bidangku mengajar lebih luas dan keilmuan juga lebih mendalam.

Setakat ini sahaja coretan aku buat kali ni. Insya Allah kalau ada apa2 lagi, aku akan tulis. Insya Allah...Ilal liqa'. Assalamualaikum...

Thursday, July 8, 2010

Tuesday, February 9, 2010

La Tahzan...Innallaha ma`ana! Mari bermotivasi bersama Abang Cho!!!

Assalamualaikum....
Salam sejahtera semua

Bila resah melanda diri, seribu kepayahan menduga, tatkala masalah menggunung dijiwa, kita rasa amat perit. Sedih, pilu, resah, gelisah, goyah dan segala seribu macam rasa bergolak di dalam jiwa. Kita tak sedar; ataupun kita sebenarnya sedar tetapi buat saja tidak sedar bahawa ada jalan penyelesaiannya. Kita terlalu alpa kerana masalah telah memisahkan kita pada Rabb. Ya, jalan pemisah dan kebatilan menutup ruang kita mencari kekuatan pada Illahi.

Tatkala sebeban masalah berkunjung, tercari-cari mana penyelesaian, adakah dahi dan seluruh tubuh kita sujud pada Allah??? Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Mencintai hamba-hamba-Nya yang ikhlas mencari redha-Nya tatkala hati dibungkam perasaan seribu rasa. Bangun dan tebarkanlah pandangan seluruh alam, positifkan diri dan cari makna hakikat kekuatan yang tersembunyi di dalam diri. Hubungkan seluruh pancaindera dengan rahsia kekuatan alam dan zat Kemaha hebatan serta Kemaha murahan Allah. Insya Allah, dengan rahmat dan redha-Nya pasti jalan kebuntuan pasti dipecahkan.

Mengapa ingin menyalurkan kesedihan, keruwetan dan kekalutan jiwa pada jalan yang tidak benar???? Berpeleseran memberi hati yang sedia sakit semakin parah untuk dirawati. Berpeleseran sehingga merosakkan diri? Menjual maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara yang akhirnya merosakkan diri? Membenarkan diri untuk dijilat api neraka? Di mana rasa sifat keinsanan lalu membenarkan rasa dan sifat syaitan 'alaihi laknatullah beraja di mata bersultankan mereka di hati??? Na'uzubillah...inilah keparahan jiwa dan hati yang dipenuhi titik kekotoran yang paling dahsyat.

Saudara seimanku, wahai saudara sebangsa dan senegaraku, bangunlah!!! Wahai anak watanku, wahai orang yang sama-sama mengakui dan melafazkan "LA ILA HA ILLAH WA MUHAMMADAR RASULULLAH!" Ku seru atas nama kemanusiaan dan nama keinsanan, hentikan segala kesedihan yang merana ini. Hentikanlah!!!!

Kini aku datang. Ya...Allah telah memberi aku kekuatan untuk aku cuba bantu kalian! Mari kita cari makna kekuatan diri. Berikanlah ruang, masa dan apa sahaja untuk dikorbankan demi mencari semula jalan kekuatan diri yang hilang. Jika ada apa bantuan nasihat, baik dari segi kaunseling mahupun motivasi hubungilah diri ini. Saya sedia menghulur bantuan dan sokongan kepada anda.

Kepada pihak sekolah di seluruh Lembah Klang dan seluruh Selangor, jika anda berminat untuk teknik pembelajaran berkesan, motivasi muhasabah diri, kepimpinan dan sebagainya, saya boleh datang membantu. Mari kita jana modal insan ini ke arah kecemerlangan yang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan juga ketrampilan diri.

Saya boleh dihubungi melalui talian 012 5671931 atau e mel hafiz_alkindi01@yahoo.com.

Mari kita menempa kejayaan!!!!!

Salam ukhuwah dan salam kemesraan dari saya.

God has gift four to you:
1. A LIGHT for every shadow
2. A PLAN for every tomorrow
3. A KEY for every problem
4. A Joy for every sorrow

Enjoy God's gift and keep smile forever.

Assalamualaikum!!!