Tuesday, July 28, 2009

Umur dah 27....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...
Selawat dan salam atas Rasulullah...
27Julai....genap umur ku kini 27 tahun...

Meneliti, menelusuri, mengimbau dan berfikir bahawa umur yang sedikit ni semuanya dalam pengetahuan Allah. Aku ni insan yang lemah, jahil dan serba serbi tidak mengetahui. Namun Allah beri aku (dan rasanya kita semua) ruang dan peluang bermuhasabah dan mengambil tindakan untuk berhiijrah dari satu kebaikan kepada satu lagi puncak kejayaan dan kegemilangan. Kita rancang, kita teliti, kita usaha, kita rempuh kemudian rasalah dahi itu ke atas sejadah mohon keberkatan, bantuan, pedoman dan pengampunan-Nya.

Selama 27 tahun hidup, merasai saat gembira, saat kejayaan, saat kemanisan bersulam dengan pengalaman pahit maung ibarat jadam menghiris kalbu itulah rencah kehidupan. Hidup dulu yang susah kini Allah gantikan dengan kejayaan. Tak bersyukurkah aku??? Tak reti aku nak berterima kasih pada-Nya??? Adakah kejayaan aku ni selama2nya milik kekal abadi??? Aku sedar semuanya anugerah Allah bagi aku selama ini semuanya pinjaman dari Dia. Dari rambut aku yang sehelai sehinggalah nyawa aku ni tiada galang gantinya dengan harta seluruh bumi semuanya hak milik Dia Yang Maha Pemilik Kekal Abadi. Satu hari nanti, tak hari ni mungkin kejap lagi aku akan mengadap Rabbul Jalil...itu sudah pasti dan yakin. Setiap bernyawa pasti merasai mati. Itu janji Dia...

Umur 27 tahun ni...cukup ke aku ngan ibadah aku? Aku kini sedang menghitung dan menghitung...rasanya masih sikit lagi aku beribadat pada-Nya. Aku masih bermuhasabah...

Teruskan muhasabah...
Teruskan menilai
Teruskan perbaiki diri
Teruskan usaha
Teruskan keyakinan bahawa Allah pasti membantu hamba2Nya yang mahu berubah...
Insya Allah


Sekian dahulu dariku...Assalamualaikum...

1 comment:

  1. syukur alhamdulillah..semoga dapat mencipta sejarah!

    ReplyDelete