Saturday, August 22, 2009

1 Ramadan 1430 Hijrah (22 Ogos 2009)

Assalamualaikum....
Wabihi Nasta'inu Billaih...

Maka adapun hari ini adalah hari puasa yang pertama pada tahun ini. Adapun hari ini adalah hari yang mungkin tidak meletihkan sangat, sebab akan hamba ini sudah mula berpuasa sejak bulan Rejab adanya. Tidak tersangka akan diperhamba masa yang akan berjalan begitu pantas rasanya. Apapun hamba rasa inilah masanya medan untuk hamba memperbaiki diri hamba. Hamba berharap dunia sentiasa dilimpah rahmat dan seisi hidup di dunia ini dilimpahi kesejahteraan adanya. Inilah doa hamba...agar segala dosa dan noda dunia ini dihapuskan. Kasihan hamba melihat keperitan, kesengsaraan, kesedihan dan kebejatan hidup manusia di dunia ini. Apalah hamba yang kerdil ini untuk membantu, hanya sekerat tenaga, hanya sekelumit harta dan kalungan doa sahaja yang mampu hamba dapat lakukan.

Jadikan bulan puasa ini sebagai medan kekuatan untuk kita. Belajar memaafkan, bersabar, redha dan tawakal pada bulan ini agar diteruskan pada bulan selepas Ramadan. Insya Allah...

Itu saja setakat ini...sekian wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Cerita sahibul hikayat...

Assalamualaikum...lamanya teman idak nulis...ye la sebab sibuk bebenor. Tu sebabnya. Tapi tak apa la janji tetap nak nulis jugak kan??? Banyak kisah aku nak ceritakan...harap mengkomer semuer sudi2 baca la ye


Kisah Sahibul Hikayat 1

Kisahnya seminggu selepas hari jadi aku. Kira2nya dah tahu2 la aku ni dah tua...tapi idak la tuer bangke dipanggil pakcik. Hari jumaat seminggu lepas birthday aku n kawan aku pi pasar malam kat Parit Buntar. Masa tu aku pakai baju melayu teluk belanga (tengkuk bulat) ngan seluar slack hitam. Lepas habis balik beli kat pasar malam aku n kawan aku ni bawa la motor. Baru je bergerak sikit tetiba ada la seorang hamba Allah (perempuan) dalam lingkungan awal 20-an (mungkin student USM Kampus Kejuruteraan) tegur aku..."Pakcik tongkat motor tak angkat tu"...Aku terkejut la...tapi tak apa la memang aku tak terperasan. Tapi yang agak terasa tu kenapa dia panggil aku PAKCIK??? Sampai kawan kat belakang aku gelak sakan kat aku sampai sekarang panggil aku pakcik. Ghoper teman ni pakcik ke weh??? Aduhai...tuer bangker dah teman ni....Wagggghhhhhhhh jatuh saham kehenseman aku angkara wanita itu!!!! Chaiiittt...apa daaaa!!!! Komen sikit sapa yang sudi nak komen....

Kisah Sahibul Hikayat 2

Minggu lepas selama seminggu aku berada di Kuantan. Alhamdulillah pihak majikan aku (MARA) sudi juga mengambil aku membentangkan kertas kerja. Dapat feedback pun positif. Nak tergelak jugak bila ada pengetua2 yang berebut nakkan aku masuk bekerja kat maktab diaorang. Sapa la aku ni? Ramai lagi pembentang yang hebat...aku nak dicari. Dalam senarai pembentang (ada 30 kertas kerja) aku yang paling muda. Ada suara2 tak enak kata baru setahun jagung (tahap hingus meleleh la) ada hati nak bentang kertas kerja. Hamboi...ni le Si Kitul Melayu, ni le si Raja Mendeliar...kerja sakit hati, dengki, cemburu, khianat entah segala macam penyakit hati ni...memang orang Melayu rajanya. Tu sebab orang Melayu tertinggal jauh. Tu yang aku cakap bila ada suara yang sumbang ni kedengaran. Dalam pembentangan kertas kerja pun aku smash jugak, nilai balik sikap pemikiran dan hati budi orang Melayu. Kiranya nasionalis Melayu ke aku ni??? Jangan nasionalis sikap melampau dah la...sebab dah ramai masyarakat Melayu yang bertunjang politik fanatik membuta tuli ni telah melahirkan tokoh nasionalis Melayu melampau...nak menang kepentingan sendiri sampai gadai maruah orang lain. Cis...ni la pengkhianat Melayu sebenarnya. Aggghhhh persetankan semuanya ni!!! Yang penting aku dah buat big boss aku celik mata kembang hidung besar telinga bila tengok dan dengar sendiri pembentangan aku. Jangan anggap aku kecil anak ye...aku pun bleh jugak. Time nak balik sampai pelawa balik naik keter ngan dia. Tapi maaf la...aku dah janji naik ngan kawan2 aku. Moga2 dia insaf la...

Kisah Sahibul Hikayat 3

Bala, kemurkaan dan ujian Allah datang silih berganti. Memang benar janji Allah. Murka-Nya pada hamba-hamba-Nya memang tak dapat kita elak. Dah makin merebak H1N1. Ni la murka-Nya. Aku takut sangat. Sehingga saat aku menulis blog ni lebih 70 orang dah pun pergi mengadap Pencipta mereka, Allah Rabbul Jalil. Paling aku sedih semasa aku di Kuantan maktab kesayanganku, MRSM Transkrian telah pun ditutup apabila ramai diserang demam mendadak. Tak dapat aku jumpa mereka. Yang bestnya dapat cuti minggu ni dan minggu depan. Kiranya hajat nak berpuasa ngan famili termakbul juga. Tapi hati aku berdetik bila murka Allah ni akan berakhir. Macam2 teori andaian ada kata ni sebenarnya virus ciptaan orang yang nak jual vaksin penawarnya...entahlah. Jawapan aku...no comment...

Kisah Sahibul Hikayat 4

31 Ogos dah nak sampai. Sekali lagi hari kemerdekaan disambut walaupun bulan poser tetap sambut tapi taklah meriah mana. Sempat juga aku download youtube tadi...menceritakan detik kemerdekaan negara. Memang kisah sejarah negara kita panjang. Panjang melebihi kisah 1001 malam. Tahun 1511 hingga 1957 negara terjajah. Berapa banyak anak bangsa kita nenek moyang kita mati mempertahankan agama, maruah, bangsa dan tanah airnya. Sekarang kita tak perlu angkat keris, lembing, nak bersilat tak payah. Tapi ramai yang mempertahankan agenda dan nafsu serakah bodoh, jahil lagi murakab. Entahla...maaf aku cakap, negara kita ni nak menuju ke arah kehancuran kalau macam ni. Mana la perpaduan dalam Melayu. Aku cukup menyampah kalau nak cerita atau dengar berkenaan politik Melayu. Memang masyarakat Melayu tak pernah belajar dari sejarah. Bila nak masuk bulan merdeka baru sibuk buka buku sejarah, walhal sejarah berlaku setiap hari tak pulak sedar. Nampak sangat ciri munafik, ciri pura2, ciri2 talam dua muka masyarakat kita ni. Parah sangat dah bangsa aku. Apa aku perlu buat? Nak masuk dalam politik? Sapa yang sanggup ikut kepala aku yang terlalu idealistik ni? Walhal nak dijadikan sebagai realistik adakah mimpi kosong? Takkan nak wujud seperti kerajaan langit Ayah Pin??? Fuhhhh...simpang malaikat. Atau kerajaan syurga (kingdom of heaven)? Wujud kerajaan itu hanya Allah yang Empunya Yang Kekal Abadi. Entahlah...serba tak kena aku nak jawab soalan2 macam ni?

Kisah Sahibul Hikayat 5

Ahlan Wasahlan Birahmatikum Ya Ramadan. Akhirnya datang juga penghulu segala bulan, hari yang terkandung dalamnya hari pengampunan, kebebasan dan jaminan syurga. Hari yang menjanjikan ketenagan siapa yang mendambakan. Ya...aku dambakan ketenangan. Insya Allah aku tanam dalam nekadku aku nak jadikan puasa tahun ni yang terbaik yang mampu aku laksanakan sebaik2nya. Aku tak sabar nak tunggu kedatangannya. Sanggup balik awal dari Cameron Highland sebab nak puasa. Nak buat persiapan puasa ngan famili. Malam Ramadan dihiasi suara laungan selawat solat tarawih. Memang amat mengasyikkan. Ni nak tanya yang baca blog ni, poser lepas dah ganti ke weh? Ganti cecepat...nanti dah masuk bolan poser tahun ni kirenyer bolan poser lepas yang tak diganti hangus gitu je le...doser weh. Lagi satu...poser...jangan tak poser...udah wajib. Jangan le pulak mengkomer nak qada sebulan tak makan sampai kenyang meghonjang menciker sampai terbuntang peghut sampai tercabut butang baju. Buruk kelaku weh....Puasa bior habih sebulan. Ahhhh....tak fuasa tangkap makan rumfut...baru fadan muka ente...ni antara lirik lagu Jalil Hamid pasal puasa. Puasa tau!!!


Itu la sebahagian sahibul Hikayat teman. Kalo ader maser bulan poser nanti teman nulih lagi. Ilal liqa', Assalamualaikum!!!


Tuesday, July 28, 2009

Umur dah 27....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...
Selawat dan salam atas Rasulullah...
27Julai....genap umur ku kini 27 tahun...

Meneliti, menelusuri, mengimbau dan berfikir bahawa umur yang sedikit ni semuanya dalam pengetahuan Allah. Aku ni insan yang lemah, jahil dan serba serbi tidak mengetahui. Namun Allah beri aku (dan rasanya kita semua) ruang dan peluang bermuhasabah dan mengambil tindakan untuk berhiijrah dari satu kebaikan kepada satu lagi puncak kejayaan dan kegemilangan. Kita rancang, kita teliti, kita usaha, kita rempuh kemudian rasalah dahi itu ke atas sejadah mohon keberkatan, bantuan, pedoman dan pengampunan-Nya.

Selama 27 tahun hidup, merasai saat gembira, saat kejayaan, saat kemanisan bersulam dengan pengalaman pahit maung ibarat jadam menghiris kalbu itulah rencah kehidupan. Hidup dulu yang susah kini Allah gantikan dengan kejayaan. Tak bersyukurkah aku??? Tak reti aku nak berterima kasih pada-Nya??? Adakah kejayaan aku ni selama2nya milik kekal abadi??? Aku sedar semuanya anugerah Allah bagi aku selama ini semuanya pinjaman dari Dia. Dari rambut aku yang sehelai sehinggalah nyawa aku ni tiada galang gantinya dengan harta seluruh bumi semuanya hak milik Dia Yang Maha Pemilik Kekal Abadi. Satu hari nanti, tak hari ni mungkin kejap lagi aku akan mengadap Rabbul Jalil...itu sudah pasti dan yakin. Setiap bernyawa pasti merasai mati. Itu janji Dia...

Umur 27 tahun ni...cukup ke aku ngan ibadah aku? Aku kini sedang menghitung dan menghitung...rasanya masih sikit lagi aku beribadat pada-Nya. Aku masih bermuhasabah...

Teruskan muhasabah...
Teruskan menilai
Teruskan perbaiki diri
Teruskan usaha
Teruskan keyakinan bahawa Allah pasti membantu hamba2Nya yang mahu berubah...
Insya Allah


Sekian dahulu dariku...Assalamualaikum...

Thursday, July 9, 2009

Cabaran, dicabar atau mencabar???

Assalamualaikum...
Ehhh lama teman idak menukilkan sesuatu kat sini...
Tapi tak apa...teman kembali menulis.

Pelik kan tajuk di atas ni??? Memang la...ia melibatkan profesion perguruanku. Memang jawapan yang paling mudah diungkap ialah sabar....memang sabar penawarnya. Namun sampai BILA????

Memang sejak buka sekolah semeter kedua ni sampai sekarang aku rasa dah tercabar dengan masalah maktab ni. Tapi aku kena muhasabah...adakah ini balasannya kepada aku sebab aku dulu jadi student? Tapi ...ish berapa banyak tapinya...

Kisah yang pertama...adakah aku bersalah kerana melalui nasihat (atau aku sendiri kerana geram) telah menasihati dan antara yang mengadili 12 pelajar Tingkatan 2 dibuang dari maktab ini lantaran mereka telah bergaduh dan berlaku kes buli? Adakah kerana aku cuba menutup laluan mereka mencari ilmu di sini??? Memang kes ini berat...terlalu berat. Aku memang tak sangka kes ni berlaku dalam blok asrama jagaanku. Sampai melibatkan kes polis. Aku yang menjadi warden juga tetap dipersoalkan kredibiliti aku sebagai seorang warden sehingga dicap cuai menjaga blok aku. Aku ni cikgu sepenuh masa (sebab masa tandatangan aku diberitahu tugas hakiki aku adalah seorang guru) atau warden sepenuh masa??? Aku ni cuai ke??? Kes ini berlaku diluar pengetahuan aku. Memang masa aku dan warden2 lain cuba menyiasat kes ini aku bertindak diluar kawalan aku. Dua belas pelajar tu aku tampar@lempang@tempeleng. Yang mangsa pun aku tempeleng sekali sebab mulut cabul ala2 Joyah berlaku kes buli. Konon bergaduh buli ni sebab nak revenge la. Tercabar aku sebagai guru asrama dan juga sebagai guru disiplin maktab ni.

Kisah kedua pula biarkan aku simpan dulu, sekadar rahsia demi menjaga nama dan aib malu pelajar aku sendiri. Memang sedih bila fikir, mangsa keadaan yang aku anggap aku juga bersalah. Buat masa sekarang aku dan guru2 kat sini cuba menyelamatkan dirinya dari terseksa. Aduhai...betul kata bapa saudara aku sorang ni, sedia dan terimalah tuah dan celakanya menjadi seorang guru. Kerana murid kita berjaya kerana murid kita juga gagal.

Aduhai...apalah nak dikeluh kesahkan nasib ni. Dah tersurat di azali memang aku didorong oleh Allah S.W.T menjadi seorang pendidik. Cuma bagaimana nak hadapi cabaran yang semakin mencabar. Adakah aku ni suka menyahut cabaran ataupun pantang dicabar. Adakah kesabaran aku hilang bila cabaran itu mencabar kesabaran aku sehingga tercabar maruah diri aku???

Wehh...fenin...fenin berapa banyak cabar daaaaaaaaaa.....

Ok la kekawan, sampai sini nukilan teman...sekian wassalam.

Thursday, June 25, 2009

Kepenatan yang teramat....

Assalamualaikum...
Aduhai...penatnyer aku bekerja
Hati aku sakit ngan big boss...
Dapat gaji semuanya nak bayar...
Penat...semuanya penat

Kalau nak diikutkan hati nak berhenti je. Tapi bila terkenangkan mak ayah aku, langsung tak jadi. Apatah lagi kerja sekarang...bukannya senang nak cari.

So...nak tenangkan diri macam mana? Dah masuk bulan Rejab pun, buatlah puasa. Mana tau tenangkan hati tu sikit. Tu pesan mak aku.

Entah apa lagi nak tulis. Hati dah dicengkam sedih ngan geram tahap melampau...

Sekian je dulu...askum

Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah...cuti ke azab???

Assalamualaikum...salam sejahtera
Wawawawa....cuti sekolah dah start...2 minggu plak tu
Tapi apa kejadahnya aku masih terperuk di maktab ni? Angkara kertas exam yang menimbun untuk ditanda. Hari Ahad ni hari terakhir untuk key in markah. Aku tengok kawan2 sekerja kat sini muka tertekan je. Yang mengajar kelas exam lagi sakit...tak boleh bercuti sebab ada kem SPM dan PMR. Walaupun aku tak mengajar kelasexam mahu atau tidak aku kena jugakstay kat sini sampai hari Ahad. Kem Sejarah PMR dan SPM jatuh hari Ahad ni. Ater giler...teman pun kene jugak. Hish...tak boleh jadi ni...ni la akibatnya dapat bos paling cerewet dan tak ada hati perut dalam dunia ni....
Tertekan...mahunya tak tertekan. Tengok bebudak lain happy je balik kecuali form 3 ngan form 5. Aku cakap tak apa la...kita sama2 balik lambat. Maunya nanti aku balik ngan bebudak yang sama asal dari Ipoh nanti. Ajer giler le. Kalo ada kereta sendiri, bleh jugak jalan2...ni kereta kat kampung. Melongo je le kat sini nunggu hari Ahad.
Cuti ni nak ke mana??? Aku jenuh memikior ni...nak ke tanah tinggi ke tepi laut...tak pun7 kaki bawah tanah. Hish...itu namanya percutian alam barzakh selama2nya...
Oklah weh, teman nak ngundor dulu...nak solat maghrib. Assalamualaikum

Friday, May 15, 2009

Seloka Kisah Seorang Guru

Assalamualaikum...kat sini teman nak kongsi satu seloka tentang kisah seorang guru. Ye la esok dah Hari Guru, best la jugak, terasa diraikan esok...jadi mari kita kongsi dan renung makna seloka kat bawah ni ek...

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam bekerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malamnya indah
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurnya selesa

Orangkata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-kerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin mencurah makin mendekat

Orang kata guru itu bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa riang
Bila berjaya murid terus dijulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke hutam seperti tak berpenghuni
Lebih-lebih lagi hulu banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk ke hutam untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agar kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih minta agar dipindah, tak pernah dapat
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup sebagai pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata

Sunday, May 10, 2009

Hari Ahad...hari relaks ke???

Assalamualaikum...selamat beristirahat di hari minggu...

Hari ni la teman releks sikit...apa taknya semalam punya la busy...maklumlah minggu ni aku dijadualkan warden bertugas di hujung minggu. Semalam nama je cuti umum...kerja berlambak kena buat. Pukul 3 pagi tadi dah bawa sorang student kena lelah pi Hospital Parit Buntar. Bayangkanlah dari pukul 3 pagi sampai pukul 4.30 pagi aku kena jaga dia kat wad hospital tu. Tak dapat la nak tidur betul2...

Hari ni aku releks sikit sebab ada warden lain bertugas. Tapi pintu rumah aku ni bertalu2 je bebudak ketuk, macam2 nak...nak itu la nak ini la..adui...pening aku. Tumpuan aku nak tengok TV pun terganggu. Tapi apa leh buat...semua atas nama tugas. Walaupun elaun warden terus terang aku cakap tak berbaloi tapi aku dah ambil duit tu...mahu atau tidak aku kena juga buat tugas. Kalau tak esok cair la telinga aku dibasuh Pengtua aku.

Harap2 lepas ni bila aku pindah ke KPM Sri Iskandar nanti idak le aku disuruh jadi warden. Aku tak sanggup wooo...hidup sendiri tak terurus sebab nak uruskan kehidupan orang lain. Seronok tengok kawan2 lain duduk luar, ada masa nak ke sana ke mari. Aku ni, nak balik kampung pun kena beritahu dan minta kebenaran dari Pengetua walaupun nama aku tidak dimasukkan list bertugas hujung minggu. Apa ke halnya???

Geram memang geram. Puncanya sebab bebudak sendiri. Ceroboh asrama, orang luar masuk kawasan asrama tanpa kebenaran, kawalan keselamatan yang longgar, hentah macam2 lagi belum masuk pelajar kena histeria. Warden-warden kat sini dah bukan setakat jadi cikgu tapi dah jadi jaga, cuma tak pakai cota atau tak pakai pump gun je. Kalau tak habis waktu sekolah pakai baju seragam jaga jugak. Belum lagi nak layan lagi perangai Pengetua yang makin hari makin menyakitkan. Macam2 cerita tak puas hati berlaku antara dia dengan geng2 aku kat sini. Harap dia tak kacau aku lagi cukup dah....

Oklah...aku nak undur diri dulu...nak solat zuhur. Ok..Assalamualaikum

Friday, May 8, 2009

Sebelum solat Jumaat...

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Hari Jumaat hari ni...memang best sebab hari ni aku mengajar satu kelas je...7.40 pagi sampai 8.40 pagi. Ok la tuh, sebab dari hari Isnin sampai Khamis kelas aku sampai 5 masa...mana tak tercungap aku.

Tapi kepala aku ni tengah pening la...apa taknya...kena buat kertas soalan untuk exam pertengahan tahun ni. Gila lagi la aku...baru saja rehat buat soalan bulanan, dah pulak exam pertengahan tahun. Ater, giler ke aper??? Dahla aku sorang je ditugaskan mengajar kelas Tingkatan 4 bagi matapelajaran Sejarah. Demam la nak menanda exam bebudak ni...mazhab sesat pemutar belit fakta lagi la akan ku temui. Bingung...bingung...

Okla...nak pi solat Jumaat dulu...nak kawal bebudak ni jalan kaki ke masjid. Dari tugas warden sampai la bertugas sekarang jadi polis trafik pulak...hadoiiiihhhhhh!!!!!

Thursday, May 7, 2009

Ceghiter teman buat pertama kali...

Assalamualaikum....
Entah macam maner teman nak nulih...aper ceghiter nak nulih pun teman bukannyer pandey bebenor nak bukak bicagher kater...
Aperpun Roslee, terima kasih le kat miker sebab bagi galakan kat teman nak nulih dalam blog...
Teman akui, teman suka nulih blog...boleh kongsi ceghiter, pendapat, idea, pandangan dan sebagainya. Sebabnya perkongsian ilmu dan pendapat lagi banyak faedahnya dan kebaikannya dari buat blog nak fitnah, nak mengata...ater betui tak???

Tak apa...nanti teman ader maser teman nulih lagi...
Sekian...Assalamualaikum